http://undisputed.blogdrive.com





Name: ND Herwandi
Umur? : 2+
Lokasi : Klang
Hobi : Main gitar, jamm, dengar lagu, bace majalah, tengok VCD
Keje : Opis



Dimmu Borgir - Sympozium

IZIN STUDIO
Studio Jamming & Karaoke
Tempat: Seksyen 11 Shah Alam

  • 2 jamming studio & 1 karaoke
  • Studio semua berkapet
  • Ade 2 bilik air (kalau x cukup x taula)
  • Full gadget (Metal Zone, Delay, Chorus)
  • Efek Zoom 707II pun ade
  • Amplifier berjenama Laney
  • Studio 1jam RM23 lepas kul 12 + RM2
  • Karaoke 1jam RM20 (nyanyi sampai muntah)
  • Jurufoto utk semua majlis
  • PC maintenance (under GLOBAL ZEEN)
  • Akan datang: Kelas vokal


  • Call En. Izan 012-684 4455


    << July 2005 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02
    03 04 05 06 07 08 09
    10 11 12 13 14 15 16
    17 18 19 20 21 22 23
    24 25 26 27 28 29 30
    31


    Death - Story To Tell

    SELECTED ARCHIVE

  • Sure Pekat 3 Special Report
  • Sejarah & Kebangkitan Rock
  • Sure Pekat 3 Last Preparation
  • Brutal Ke Aku? / Jiwang Ke Aku?
  • Tampin Live 'n' Loud
  • Amplifier Marshall Valvestate VS100-R
  • Sure Pekat II 2004 : Total Recall
  • Gitar Baru!!! Ibanez RG 370-DX
  • Kanchong Darat Total Disaster
  • Back To The Future
  • Reebok Hi-Cut Sneakers X'Mas Edition
  • Rewind Juara Lagu 1991
  • Revolusi Metal
  • Review Gila-Gila Remaja

  • MUSTI LINK!
    guitar.com 
    tabcrawler.com 
    centurymedia.com 
    malscene.net 

    JOURNAL
    coming soon...
    Journal penuh tentang Revolusi Metal! Nantikan...

    Marduk - To The Death's Head True

    FAVOURITE LINK
    ibanez.com 
    washburn.com 
    gibson.com 
    fernandes.com 
    bcrich.com 
    jackson.com 
    fender.com 
    esp.com 


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed


    Friday, July 29, 2005
    | Akademi F*#@%$~hell |

    Akademi F*#@%$~hell
    Kepada korang x kire yg fanatik mahupun yg anti kat program realiti ni, sile bace isi kandungan entry ni dgn penuh teliti & mengikut logik akal fikiran manusia.

    Aku masih x mengerti mengapa ada (bukan segelintir!) golongan yg masih m'agung2kan satu program yg dikendalikan oleh salah sebuah syarikat penyiaran gergasi di Malaysia. Padahal sudah terang2 yg syarikat t'sebut cuba meracuni minda2 peminatnya dgn m'buat program yg kononnya akan melahirkan sebuah 'bintang' yg akan bersinar suatu hari nanti..ini satu agenda yg hanya menarik p'hatian peminat fanatik je, tapi disebalik semua ini mereka ade agenda mereka t'sendiri yg mungkin tidak disedari atau mungkin saje buat2 x sedar oleh peminat fanatik..! Ape agenda t'sebut? Ya..x lain x bukan adelah kerana KEUNTUNGAN!!! Masih x paham? Akan aku huraikan satu persatu...

    Agenda Utama: DUIT!
    Dgn unsur inilah lenyap segala pegangan, semuanya telah dibeli...untuk terus menyara hidup. Pulangan yg lumayan & hasil duit yg diterima setelah 'menipu' peminat fanatik mereka..! Penaja2 yg zahirnya m'bantu 'kewangan' program sebegini, sebenarnye gelap mate dgn keuntungan yg b'timbun2!! Penaja2 ini x perlukan nama, pasal 'branding' mereka ade sememangnya sudah sedia kukuh. Bagi mereka, ada apa dgn nama? Yg penting hanyalah KEUNTUNGAN yg melonjak2!! Ya..tindakan ini same dgn ape yg kite panggil sebagai 'kapitalisme'..! Sedarkah mereka??

    Impian Yg X Pasti
    Dalam program ni, apakah produk yg cube dihasilkan? mahu m'gilap bakat2 baru tanah air? Tidak sama sekali...realitinya hanya lambakan dgn ape yg digelar 'artis' ini, di persada yg ntah ape ruang yg cube diciptanya!! Ini turut disumbang oleh mereka yg t'libat secara langsung..ya, diorang ade impian untuk m'jadi ikon t'sohor..malangnye, kesungguhan diorang ini dipergunakan utk kepentingan t'tentu yg kabur dari pandangan mata kasar!! Populariti, kemasyhuran & glamour..mungkin inilah yg mereka impikan!! Semuanya adalah bayangan semata2...Tidakkah peminat sedar?

    Publisiti Murahan
    Belum pun b'gelar artis, tapi populariti dah lebih2..kalau boleh pasal hal dalaman peserta tu pun nak dicungkil semuanya..agaknye kalo boleh sampai nak tau brand 'underwear' yg die pakai!!haha..kat majalah, muke depan t'pampang muke2 diorang ni..bile name sorang tu dah naik, mulela ade yg nak mengaku member diela, member sekolah lame diela..pastu nak cite pasal keburukan diela..ape ni? ape ni semua? Semua ni cume nak kejo populariti, gile glamour & publisiti murahan je...!!

    Persembahan
    Aku lihat situasi ini x ubah seperti 'persembahan di layar perak' & x lebih dari itu. Skripnya sendiri telah ditulis oleh 'pendukung2 dunia' itu sendiri. Ya..maksudnya segala yg b'laku hanyalah mengikut skrip & arahan yg telah dikeluarkan oleh pihak t'tentu je..! Menurut mereka, p'kembangan ini elok untuk m'gilap bakat2 baru di dunia hiburan. Tapi kat mane letaknye ketelusan di sebalik agenda ini? Padahal segala yg mereka siarkan telah ditentukan oleh pihak mereka sendiri! senang cakap, semua ni hanyalah lakonan & palsu semata2! Masih buat2 x tau ke??

    Cara Pengadilan
    Isu yg paling aku hangen skali..sudah tentu dgn cara undian sms! Ya..mereka telah menjemput juri profesional, (xkan reti komen je kot?) tapi mengapa mahu undian sms plak? Pengundi tu yakin ke undi yg diorang beri tu akan menentukan bakal pemenang? Tidak..tidak..ini kerana segala2nya sudah ditentukan sape bakal pemenangnye!!! Tidakkah pengundi merasa t'tipu? Ini hanya akan m'untungkan tokei kedai henpon je..& secara x langsung sampai Melati pun x 'menang tangan' layan karenah pelanggannye!! Agenda utama undian sms hanyalah KEUNTUNGAN!! & akhirnya ape yg pengundi tu dapat?? bagi aku, lagi elok taip sms & bagi derma kat rancangan Bersamamu TV3 tu..! Ade la gak kebaikannye...x pun bagi sms kat awek!hahaha..

    Positif?
    Positif? Tidak sama sekali..peminat fanatik yg dah menutup pemikiran mereka sendiri dgn b'khayal & b'imaginasi yg t'cetus dari p'kembangan program t'sebut boleh ke dianggap positif? Ibu bapa gak dah mule mengelamun ingin menumpang populariti anak yg belum pun mengecapi apa2 pun yg m'banggakan (hanya nama!). Minda remaja awal2 lagi dah ditanam dgn gambaran 'indah' dunia hiburan..adakah ini dianggap positif? Padahal x lebih dari sekadar imaginasi yg tinggi m'gunung..bukan di bumi yg nyata!!!

    Masih x paham? Atau buat2 x paham?? Pikir la dgn logik akal fikiran yee...

    # X sangke plak bile dah namanye fanatik tu, sampai golongan makcik2 tu pun boleh t'gile2kan org yg lebih mude dari die... Ape dah jadi? kalau pakcik2 plak yg cube untuk kawin lain ke? cube nak ngorat dgn perempuan yg lebih mude ke..makcik2 ni tau marah plak ye..? tapi bile makcik2 ni buat hal, yg pakcik2 ni dok diaaamm je...kelakar plak jadinye...!!hahaha...Aku masih x mengerti...

    Link kat diorang gak:
    Kumprinx's Akademi Fcukinghell

    Buttet's Akademi Fcukinghell

    Posted at Friday, July 29, 2005 by endy
    Dah ade orang komen (20)  

    Tuesday, July 26, 2005
    | POSSESSED - Pencetus Revolusi Death Metal! |

    Possessed
    Possessed ditubuhkan oleh Mike Torrano (gitar) dan Mike Sus (dram) dan aktif di sekitar San Francisco Bay je. Asalnye mengalami byk p'tukaran line up. Pada thn yg same, vokalis mereka iaitu Barry Fisk telah ditemui mati m'bunuh diri & terus membawa kemasukan Jeff Becerra yg m'galas tugas sbg (vokal/bass) di samping kemasukan Brian Montana sbg (gitar kedua) & pada thn 1983 secara rasminya t'tubuhlah  Possessed yg kesemuanya dianggotai oleh pelajar sekolah tinggi! Kemunculan Possessed ketika itu amat memberi pengaruh yg begitu mendalam kepada scene death metal dunia dgn menampilkan corak muzik yg pantas, riff2 yg keras, ketukan dram yg padu dan vokal growl yg kemudiannya telah menjadi aspirasi t'hadap vokalis kumpulan Death iaitu Chuck Schuldiner!

    Pada Oktober thn 1985, Possessed telah merakamkan album studio yg pertama yg b'tajuk Seven Churches. Ketika ini Brian Montana telah keluar & digantikan oleh Larry Lalonde..album yg cukup berat, pantas, penuh kekejaman dalam sejarah muzik metal dunia & dikatekan telah mendahului zaman! Inilah album t'agung yg telah dijadikan sumber rujukan band2 metal sehingga ke hari ini! Tidak seperti band lain di thn 80'an yg t'lalu m'ikut stail muzik Venom, tapi Possessed berdiri dgn cara mereka yg t'sendiri! Stail death metal mereka memang tidak boleh dinafikan lagi..p'bezaan dgn zaman skang adelah dari segi brutality, melodik & progresif.

    Possessed skang ni dah semakin dilupekan..mungkin kerana Possessed begitu 'low profile' di dlm penampilan mereka..ramai yg b'pendapat bahawa Death yg mula2 m'cetuskan death metal dunia, tetapi sebenarnye Possessed telah muncul sebelum Death menghidupkan kembali irama death metal!

    #puas aku cari mp3 Possessed ni..tapi x jumpe! kalau kaset pun susah nak dapat..& inilah yg m'dorong aku utk post entry ni! rujuk entry aku yg dulu2 tu pasal Revolusi Metal..hail!

    #Sumber: K.I.U.T Vol 1 2003

    Posted at Tuesday, July 26, 2005 by endy
    Dah ade orang komen (6)  

    Friday, July 22, 2005
    | Muzik & Attitude |

    Led Zeppelin
    Sejak akhir2 ini kita sering dikejutkan dgn berita artis2 Malaysia yg ditangkap hisap dadah & pelbagai gejala sosial lain yg melibatkan akhlak & perilaku yg tidak baik. Industri muzik semakin malap akibat perilaku yg tidak baik ini kerana artis2 ini menjadi p'hatian org ramai. Biarlah akhlak yg baik menjadi satu kriteria utk menjadi sorang artis yg baik. Mungkin mereka (artis) tidak suka org ramai melihat mereka dari sudut peribadi, sebaliknya mahu dinilai dari sudut bakat & kebolehan..tetapi kalau dilihat dari sudut profesional & p'jalanan karier, tidak dapat lari bahawa mereka tetap akan dinilai dari sudut akhlak & perilaku.

    Peribadi & akhlak yg teruk ini bukanlah perkara baru dlm industri muzik, ia telah berlaku seawal zaman 50'an lagi. Perkara mengambil dadah, masuk ke kelab + minum arak, kaki perempuan, berzina & mcm2 lagi amat sinonim dgn kelakuan artis2 Malaysia yg mainstream ni. Dengan b'sandarkan nama seni, bukanlah satu 'lesen' untuk mereka membuat perkara2 yg tidak baik. Biarlah karya mereka sehebat seperti Jimi Hendrix atau The Beatles sekalipun, namun mempunyai akhlak yg tidak baik tetap dipandang serong bagi masyarakat Malaysia khususnya org Melayu.

    Mencari rezeki dlm bidang seni bukanlah satu benda yg salah. Melibatkan diri dlm bidang seni juga tidak salah. Tetapi mengapa memilih karier sebegini sering dipandang serong oleh masyarakat? Ini kerana kebanyakan (tidak semua) org yg t'libat dlm karier ini b'perangai buruk. Sebab itu ia dipandang serong oleh masyarakat. Tetapi kalau semua artis m'punyai sahsiah yg baik, perkara begini tidak akan berlaku...(sesuai dgn peribahasa Melayu 'Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga'). Akibatnya, bidang seni & semua artis (walaupun baik) tetap dipandang serong!

    Tak payahlah kita nak ikut sangat perangai Kurt Cobain, Jimi Hendrix, Sid Vicious tu..kerana mereka bukan bukanlah contoh yg baik utk dijadikan panduan hidup. Kita boleh jadikan karya mereka sebagai panduan & bukannya perangai mereka! Inilah masalah org Malaysia, kalau nak tiru bukannya karya yg baik tetapi perangai yg buruk! Kalau nak diikutkan pun muzik tak sehebat mana, tetapi kalau dilihat dari segi pakaian, perangai & budaya kadang2 dah mengalahkan orang barat!

    Kita sendiri patut sedar bahawa kita perlu menjaga industri muzik kita ini dari pelbagai sudut. Bukan setakat melihat salah org sahaja, tetapi kita kena lihat salah sendiri dulu. Bila industri merudum, antara faktor2nya bukan setakat cetak rompak, tetapi mungkin org ramai sudah jelak dgn perangai artis itu sendiri. Pelbagai p'tubuhan telah ditubuhkan utk menjaga kebajikan mereka, tetapi kalau mereka b'perangai tak senonoh & b'akhlak buruk, mereka sendiri yg tutup periuk nasi sendiri! Kalau nak org pandang mulia dgn karier ini, buatlah perangai elok2..& kalau nak dinilai secara profesional buatlah mcm org profesional..!

    Sumber: ROTTW Vol 103 Keluaran Jun 2005


    Posted at Friday, July 22, 2005 by endy
    Dah ade orang komen (3)  

    Monday, July 18, 2005
    | Sunday Night Fever |

    Bertempat di Kg. Jenjarom (kg dekat2 area Banting) pade mlm minggu lepas, band aku m'dpt undangan utk b'aksi. Kali ni lain skit sebab bukan di umah org kawin mcm bese2 aku pegi tu..tapi ni spesel skit pasal show kat restoran!muahaha..tale jela..tapi memang syokla!tuan punye restoran ni baru je bukak kedai tu, jadi dlm usaha utk menarik lebih ramai pelanggan...die pun m'jemput kitorang utk b'aksi di kedai barunye tu. Boleh dikatekan ramai gak mlm tu..maklumla mlm minggu la katekan! Show b'mule lebih kurang kul 9 lebih..besela ni..& abis kul 1 pagi!

    Mcm2 lagu yg kitorang bwk...senang ckp mcm2 ada..! x kurang juge ade yg dtg utk nyanyi (baru best mcm ni)..nasib baik gakla lagu2 yg diorang mtk tu aku tau!haha besela..mcm ni la kalo show memane, nak kene stenbai byk lagu..silap2 ade org mtk lagu tapi kitorang x bleh nak bwk malu gak kitorang!Anyway, diorang sume memang cool..x segan kalo nak nyanyi..!thanx kepada tuan kedai sebab bagi lampu ijau utk kitorang pesan makanan sampai kembung perut!!muahahaha...tapi hampeh skitla pasal xde gambo utk mlm tu...

    Posted at Monday, July 18, 2005 by endy
    Silelah komen  

    Friday, July 15, 2005
    | Mengapa Gitaris Era Terdahulu Lebih Relevan? |

    Stevie Ray Vaughan Jimmy Page
    Rasanya tanpa 'hype' yg ditimbulkan oleh mereka yg b'gelar 'Guitar Heroes' tak mungkin album rock terdahulu tidak akan terjual jutaan unit sehingga sekarang. Mungkin dari sudut tertentu, arah tuju muzik gitar sudah berubah dgn adanya teknologi..namun, seperti juga muzik Klasikal yg masih diminati oleh golongan yg mampu menilai seni muzik t'sebut, muzik elemen 'shred' masih ada peminatnya tersendiri & masih dikagumi..biarlah mereka khayal dgn pesona permainan Guitar Hero mereka!

    Jika dilihat seawal kewujudan gelaran 'Guitar Heroes', dewa gitar atau sebagainya yg menunjukkan pemain gitar tersebut diletakkan ke taraf tertinggi, memang tidak dapat dinafikan bahawa 99% punca kegemilangan muzik rock berpunca dari petikan gitar si pemain gitar tersebut. Anda rasa, anda kenal Jimi Hendrix sebagai seorang pencipta? Atau pembikin riff gitar yg hebat? Tidak..kita ingat Jimi Hendrix kerana solo2nya yg dimainkan kadangkala lebih dari 7 minit!!

    Relevannya pemain gitar terdahulu kepada sebuah kumpulan muzik rock yg dianggotainya adalah tenaga yg dikeluarkan dari petikan gitarnya..mungkin kalau tak ada gitar solo tersebut, lagu itu tidak bermakna. Gitaris era terdahulu lebih berperanan dalam menambah, mengolah, membentuk dan memberi pendekatan baru kepada tekstur muzik yg banyak menyokong sesebuah lagu & sekaligus menjadi asas kepada penciptaan lagu2 rock moden lama sebelum kewujudan rakaman teknologi digital. Mungkin sekarang kita boleh dengar lagu yg hebat dari segi sound kerana teknologi pun hebat..tapi bolehkah lagu2 sekarang boleh memberikan feel yg mendalam hingga ke tulang sum-sum apabila kita mendengarnya? Ini kerana, riff2 gitar sekarang lebih inovatif, tetapi amat statik & tiada kesinambungan!!

    Pernah satu ketika dunia mempersoalkan tentang kewibaan pemain gitar shred kerana kebangkitan muzik yg lebih simple seperti Nirvana & Pearl Jam! Ternyata, muzik old timer tetap ditinggalkan oleh kemajuan..tidak apa yg mampu dilakukan untuk mempertahankannya. Namun seperti muzik klasikal, ia sepatutnya menjadi menjadi monumen berharga & diingati sebagai salah satu dari fasa perkembangan kemajuan pemikiran manusia..bukannya ditinggalkan & terus dikutuk!!
    Generasi baru tetap akan didedahkan dgn Guitar Hero awal kerana setiap kali mereka mendengar lagu2 dari kumpulan Korn, Limp Bizkit mahupun Rage Against The Machine..mereka akan sampai juga kepada pemuzik Guitar Hero ini yg dahulunya menggegarkan dunia dgn sentuhan dahsyat gitarnya..kerana tanpa Jimmy Page, takkan ada Tom Morello!! Era Guitar Hero belum mati sebenarnya..cuma berubah mengikut kehendak semulajadi manusia yg didedahkan kemajuan.

    Sumber: Guitar & Bass Vol 10 keluaran Mac 2003

    Posted at Friday, July 15, 2005 by endy
    Dah ade orang komen (4)  

    Wednesday, July 13, 2005
    | Blues - Pengenalan & Sejarah |

    BB King Chuck Berry Jimi Hendrix
    ::Pengenalan::
    Blues bukan saje merupakan satu irama yg tersendiri, malah ia juga menjadi pengaruh kepada irama lain seperti jazz, country, fusion, rock, metal & banyak lagi. Senang cakap muzik Blues memainkan peranan yg penting di dalam penghasilan sesuatu muzik aliran baru. Kalau takde muzik Blues, takkan ade muzik rock & sebagainye!! Semuanya berasal daripada Blues! Malah gitaris hebat seperti Ritchie Blackmore, Jimi Hendrix, Jeff Beck, Jimmy Page, Gary Moore, Eric Clapton, Stevie Ray Vaughan, Carlos Santana & ramai lagi semua memulakan karier masing2 dengan memainkan muzik Blues sebelum mengukir identiti masing2 sendiri dengan muzik bawaan mereka seperti fusion, latin, rock & metal (ada yg masih mengekalkan muzik Blues). Segalanya bermula daripada Blues!! Gitaris Blues seperti BB King, Chuck Berry, Charlie Patton & ramai lagi sering dijadikan 'rujukan' bagi mereka yg mahu mengenali muzik Blues ini..

    ::Sejarah::
    Blues dipelopori oleh kaum kulit hitam yg merupakan keturunan bekas hamba abdi ketika era kolonial British di Amerika suatu ketika dulu. Mesti korang tanye, "Apa kena mengena semua ini dgn Blues?!" jawapannye "BANYAK!!!" Blues pada zahirnya merupakan luahan perasaan kaum minoriti ketika itu, mereka tidak ada tempat untuk meluahkan perasaan dan hasilnya wujudlah Blues! Selepas era hamba abdi, kaum minoriti Amerika ini mula kehilangan kerja kerana kebanyakan ladang2 sudah ditutup dan akhirnya mereka meluangkan masa dengan bermain muzik. Banyak kelab2 yg mahukan pemuzik2 ini bermain kerana bukan sahaja menarik minat kaum mereka sendiri, malah kaum kulit putih mula terpesona dgn muzik mereka. Oleh sebab ini, muzik mereka diharamkan atas dasar 'terlalu kotor' untuk kaum kulit putih! Sekali lagi bangsa kulit hitam ditindas..namun oleh kerana muzik Blues adalah satu jenis muzik yg datang dari hati, penderitaan mereka didengari oleh pemuzik seberang sana (England) yg merasa cukup kagum dgn muzik yg 'tulus' kaum minoriti ini. Sejarah telah tertulis..muzik Blues semakin meningkat & berkembang bukan di sebelah Amerika, tetapi di sebelah kepulauan British!
    Seperti lumrah alam, setiap perkara harus mengalami apa yg dikatakan sebagai EVOLUSI. Seperti contoh, Jimi Hendrix mula dikagumi setelah penghijrahan beliau ke Unite Kingdom..The Beatles mula diminati setelah mereka bermain di Jerman! Sama jugalah apa yg berlaku kepada muzik Blues ini..

    Generasi sekarang semakin melupakan muzik Blues ni..mereka hanya terus memandang ke hadapan tanpa mengkaji asal-usul dari mana muzik itu datang..padahal Blues lah yg menjadi elemen penting di dalam pembentukan b'macam2 jenis muzik yg ada sekarang. Mereka seolah2 sudah meminggirkan Blues..bagi mereka, muzik sebegini adelah muzik yg ketinggalan zaman! Tapi sedarkah mereka bahawa kalau tiada muzik Blues, takkan ada cabang2 muzik yg ada pada hari ini!!!

    "Blues boleh datang dari mana2 jua & boleh menceritakan berbagai hal. Ia juga melibatkan penafsiran perasaan kita melalui alat muzik kita & juga perkataan2 kita. Tiada cara yg mutlak atau format t'tentu untuk digunakan..hanya melalui feel, pengalaman & sebuah cerita untuk diceritakan.." - Eric Sardinas.

    # John Mayall adelah pemuzik yg b'tanggungjawab ke atas letusan muzik Blues di United Kingdom pada era 60'an.
    Sumber: Guitar & Bass Vol 10 keluaran Mac 2003

    Posted at Wednesday, July 13, 2005 by endy
    Dah ade orang komen (5)  

    Tuesday, July 05, 2005
    | Populariti atau Kreativiti? |

    BPR 
    Memang x dapat kite nafikan semakin byk siri rancangan tv yg berbentuk realiti diterbitkan oleh semua stesen tv...(aku xnak spesifikan rancangan t'sebut). Contohnye seperti siri realiti untuk mencari bakat2 baru dlm bidang seni suare. Skang ni semua stesen tv seakan b'lumbe2 untuk mempopularkan siri reliti mereka untuk menjadikan siri t'sebut sebagai program no 1 di Malaysia. Dulu tidak banyak program seperti ni dianjurakan...yg ada hanyalah pertandingan band atau dikenali sbg Battle Of The Band dan sebagainya...tapi tidaklah m'dapat liputan meluas terutamanya di tv.

    Oklah..straight to the point, sebenarnye aku x bape setuju dgn program2 yg ade skang ni..nape aku kate mcm tu? Faktanye senang je..kalau program tu berbentuk pertandingan atau pencarian bakat baru, kenapa mesti ada golongan yg kite panggil sebagai 'Juri Profesional' dlm program t'sebut? Jawapannye mudah je...kerana mereka t'golong sebagai org yg b'pengetahuan luas dlm bidang hiburan x kire dari seni suare mahupun band. Dan lagi satu, kenape mesti wujudnye golongan yg kite panggil sebagai 'Pengundi'? Isu inilah yg aku akan cube bincangkan...

    Ok, b'balik kepada golongan 'Juri Profesional' tadi..tugas mereka mestilah memberi komen dan nasihat atau kritikan yg membina kepada peserta berkenaan. Dan kenape pule mesti ade golongan 'Pengundi'? Kalau nak diikutkan, mereka tidak layak pun untuk menentukan siapa bakal pemenang. Ini kerana, Juri Profesional lah yg 100% layak untuk menentukan siapa yg mereka pilih. Tapi dgn adenye 'Pengundi' inilah yg menyekat kuasa mereka sebagai Juri Profesional..! Siape yg Juri sebenarnye ni? Tidak dinafikan bahawa ketika Juri Profesional memberi peratus markah kepada seseorang peserta, markah tersebut amat memberangsangkan berdasarkan kreativi Juri itu sendiri dalam menilai peserta itu. Apabila tiba masa untuk Pengundi memberikan markah untuk mereka (dgn cara mengundi melalui SMS) markah yg peserta dapat jauh sekali bezanya daripada markah yg diberikan oleh Juri tadi..! Peserta yg sepatutnye Juri harap2kan, tapi peserta lain plak yg diberikan peluang kerana telah 'diselamatkn' oleh undian! Ape sebenarnye yg telah t'jadi? Jawapannye adelah..Juri menilai seseorang itu dengan bakat serta kemampuan vokal peserta itu sendiri mahupun berdasarkan persembahan...manakala Pengundi pula menilai peserta itu dgn melihat populariti (senang cakap muke jambu) je..! mane hilangnye kuasa Juri? Populariti ke yg kite perlukan untuk m'cari bakat2 baru? Inilah yg aku kecewa skang ni...mereka (Pengundi) tidak lagi pentingkan kreativiti, bakat semulajadi, kemampuan vokal atau sebagainye.. kalau mcm nilah keadaannye, kenape kite perlu jemput Juri untuk memberi komen? Baik x payah kalo mcm ni..mereka (Juri) bagi komen pun, yg layak bukan ape yg mereka nak..org lain (Pengundi) plak yg tentukan..! Beginilah keadannye peredaran muzik skang ni..makin maju teknologi, tapi semakin mundur cara menilai bakat semulajadi seseorang peserta itu.

    Di sini perlu ditekankan bahawa, aku tidak berada di mana2 pihak..sekadar memberi p'dapat aku je..kalau ade rase yg t'singgung tu harap maklumla..aku buat artikel ni bukan suke2 je..tapi b'dasarkan logik akal serta fikiran yg waras. Tapi, t'pulang la plak kat individu itu sendiri..pasal kite m'punyai minat yg b'beza2..


    Posted at Tuesday, July 05, 2005 by endy
    Dah ade orang komen (1)  

    Saturday, June 25, 2005
    | Prektis, Prektis & Prektis |

    Prektis kat umah

    Mcm nilah gayenye kalau ade show yg dah dekat...org lain prektis kat studio, tapi kitorang sempoi je prektis kat umah aku sindri..muahahaaa..abis, dah barang2 band sume kat umah aku..baik prektis kat umah je...korang nengoklah sindri, siap ade makan & minum lagi tu..! Itulah kelebihan bile kite prektis kat umah...sambil2 boleh makan & minum..pastu sambung main balik..! Kalau korang nak tau, dalam band ni cume yg main gitar (lead, rhythm & bass) je dlm golongan 'rumaja'...iaitu t'masuklah aku sindri...kire pelapis la kitorang ni...yg main dram, yg main keyboard & yg nyanyi (ayah aku) semuanye dah t'masuk dlm golongan veteran..paling veteran dlm band ni adelah pemain keyboard...umur pakcik tu skang dah masuk 70! Memang veteran abis..tapi masih mampu main keyboard lagi..!cayala...

    #Insyaallah besok (26hb) aku ade show kat umah org kawin..skali umah sedare sindri daa...kitorang kene main dari pagi sampai petang...apepun, nanti aku buat report pasal show ni..orait..

    Posted at Saturday, June 25, 2005 by endy
    Dah ade orang komen (4)  

    Friday, June 24, 2005
    | Wanita Mudah Jatuh Cinta Dengan Gitaris? |

    Paul Gilbert Steve Vai Yngwie Malmsteen
    Artikel ni aku amik dari zine Guitar & Bass keluaran Oktober 2002 Vol 6

    Kalu kita ingat2 balik sejarah mana2 band pun, gitarisnya sering diingati dan sering dijadikan lagenda. Sesuatu band akan 'tempang' tanpa kehadiran seorang gitaris. Sebenarnya kalau anda ingin tahu, dari kaca mata seorang perempuan, pemain gitar lebih menonjolkan kegagahan seorang lelaki & pada waktu yg sama menyerlahkan kelembutan dalam jiwa mereka. Kegagahan timbul apabila lelaki dilihat menguasai gitar dengan cara 'plucking' yang pantas & menghasilkan alunan melodi mengikut jiwa mereka baik rock, metal, grunge, sentimental dan mcm2 lagi. Mereka (wanita) juga melihat kelembutan jiwa lelaki di dalam konsentrasi mereka untuk memainkan sesebuah lagu & melodi yg dihasilkan. Sesungguhnya di mata mereka (wanita) lelaki paling pandai mengekspresi perasaan mereka apabila diluahkan dengan petikan gitar.
    Kalau dilihat pada bentuk gitar itu sendiri juga memainkan peranan yg penting. Bentuknya yg bercirikan pelbagai lengkungan menjadikan gitar itu sendiri membawa karakter yang kuat di dalam menjadikan pemainnya kelihatan seksi dan bergaya di mata mereka (wanita). Itulah sebabnya Fender, Ibanez, Gibson dan yg lain2 mengeluarkan berbagai bentuk gitar yg mempunyai personalitinya yg tersendiri. Penukaran jari dengan pantas dari not ke not oleh pemainnya juga membawa karakter kebijaksanaan si pemain gitar di mata mereka (wanita). Lebih2 lagi bila gitaris menunjukkan skill 'plucking' dan 'menggoreng', mulalah gadis2 di sekeliling menjadi cair dan lembik! Cubalah anda amati juga dari konsep bunyi gitar. Gitarlah yg banyak menentukan karakter sesebuah lagu. Gitar jugalah yg menjadikan sesebuah lagu itu berbunyi metal, rock, blues, & sebagainya. Ini juga mengukuhkan kepercayaan si gadis bahawa si pemain gitar adalah 'leader' di dalam sesebuah band. Apapun, terpulang kepada anda untuk mempercayainya atau tidak.

    #Camne pendapat korang plak?Caye ke x ni?Artikel ni ditulis setelah editor membuat kajian..bukan suke2 die je nak tulis..!Bagi akula, ade benarnye ape yg editor tulis ni..kalo betul, lagila bagus kan...hik hik hik...


    Posted at Friday, June 24, 2005 by endy
    Dah ade orang komen (5)  

    Saturday, June 18, 2005
    | Sure Pekat 3 Special Report |

    Metafora 2005 Metafora sedang beraksi
    Event: Sure Pekat 3 Lipis Jamm Festival
    Venue: Hutan Lipur Terenggun, Kuala Lipis, Pahang
    Date: 4 June 2005

    Akhirnye aku dapat membuat laporan tentang SP3 yang berlangsung baru2 ni...bukannye ape, aku tggu gambo siap je...tu pasal lame! Tapi last2 gambo x terang...hampeh betul! Tahun ni band aku masih lagi dengan 3 org anggota (kalau x 4 org). Aku harapkan 4 org tahun ni, tapi sorang plak buat hal...hampeh tahap maharaja betulla...kitorang bertolak dlm pukul 10 pagi lebih kurang, lepak kat Genting Sempah jap pastu sambung balik perjalanan & sampai Kuala Lipis dlm pukul 1tghari. Sempat la kitorang menunaikan Solat Jumaat..Alhamdulillah...
    Tahun ni kitorang pun kene import ahli gak...x lain dan x bukan adelah Kumprinx sebagai drummer & Afdxal sebagai bassist...! Ape nak buat, dah x cukup ahli..kene berkorban skitla diorang ni...hehe.. sampai je kitorang sampai dah xde idea nak main lagu ape utk besok pasal lagu yg kitorang rancang tu mustahil utk dibawak sebab sampai 2 org kitorang import pemain...last2 lagu yg x dirancang kitorang kene bawak..okla daripade datang dengan x membawa sebarang hasil..dari jauh plak tu...!
    Mlm tu tanpe sebarang latihan intensif kitorang terus jamming..ape nak jadi, jadila...dan akhirnye berjaye jugak walaupun nampak sangat muke Kumprinx tercungap2 pasal jamming ntah bape jam tanpa henti...!hehe....jgn marah ye Kumprinx..& hari yg dtunggu telah tiba..kitorang masih pening pikir lagu pasal diorang sume bawak 4 atau 5 lagu...kitorang baru perfect  3 lagu..!Arrggghh..ape nak jadi, jadila...pastu bile tibe giliran kitorang, terus naik stage & x pikir mende lagi dah...aku terus setting sound, tune gitar & ape lagi? berentapla...x sangke lagu2 yg kitorang bawak tu jadi semuanye! w'pun xde mase nak praktis...Alhamdulillah, berjaye gak akhirnye..
    Tahun ni menyaksikan beberape peningkatan yg ketare kat event ni...paling ketare adelah wujudnye beberape stail muzik lagi macam Black Metal & ade band budak2 kalau x silap aku budak2 baru 14 tahun..!bagus..satu peningkatan yg positif...SP4 tahun depan buat kat dewan kan..x ke gitu Kumprinx..? Insyaallah kite jumpe tahun depan...

    Untuk laporan lengkap SP3, link kat blog Kumprinx:
    SPIII Special Report Part 1 - Final Preparation
    Full Report Part 2 - Show Time

    Full Report Part 3 - Showdown In Terenggun (ade review pasal band aku METAFORA)

    Posted at Saturday, June 18, 2005 by endy
    Dah ade orang komen (6)  

    Next Page


    Google
    © uNDisputed