Name: ND Herwandi
Umur? : 2+
Lokasi : Klang
Hobi : Main gitar, jamm, dengar lagu, bace majalah, tengok VCD
Keje : Opis
Dimmu Borgir - Sympozium
IZIN STUDIO
Studio Jamming & Karaoke
Tempat: Seksyen 11 Shah Alam
2 jamming studio & 1 karaoke
Studio semua berkapet
Ade 2 bilik air (kalau x cukup x taula)
Full gadget (Metal Zone, Delay, Chorus)
Efek Zoom 707II pun ade
Amplifier berjenama Laney
Studio 1jam RM23 lepas kul 12 + RM2
Karaoke 1jam RM20 (nyanyi sampai muntah)
Jurufoto utk semua majlis
PC maintenance (under GLOBAL ZEEN)
Akan datang: Kelas vokal
Call En. Izan 012-684 4455
|
 |
Tuesday, July 05, 2005
| Populariti atau Kreativiti? |
Memang x dapat kite nafikan semakin byk siri rancangan tv yg berbentuk realiti diterbitkan oleh semua stesen tv...(aku xnak spesifikan rancangan t'sebut). Contohnye seperti siri realiti untuk mencari bakat2 baru dlm bidang seni suare. Skang ni semua stesen tv seakan b'lumbe2 untuk mempopularkan siri reliti mereka untuk menjadikan siri t'sebut sebagai program no 1 di Malaysia. Dulu tidak banyak program seperti ni dianjurakan...yg ada hanyalah pertandingan band atau dikenali sbg Battle Of The Band dan sebagainya...tapi tidaklah m'dapat liputan meluas terutamanya di tv.
Oklah..straight to the point, sebenarnye aku x bape setuju dgn program2 yg ade skang ni..nape aku kate mcm tu? Faktanye senang je..kalau program tu berbentuk pertandingan atau pencarian bakat baru, kenapa mesti ada golongan yg kite panggil sebagai 'Juri Profesional' dlm program t'sebut? Jawapannye mudah je...kerana mereka t'golong sebagai org yg b'pengetahuan luas dlm bidang hiburan x kire dari seni suare mahupun band. Dan lagi satu, kenape mesti wujudnye golongan yg kite panggil sebagai 'Pengundi'? Isu inilah yg aku akan cube bincangkan...
Ok, b'balik kepada golongan 'Juri Profesional' tadi..tugas mereka mestilah memberi komen dan nasihat atau kritikan yg membina kepada peserta berkenaan. Dan kenape pule mesti ade golongan 'Pengundi'? Kalau nak diikutkan, mereka tidak layak pun untuk menentukan siapa bakal pemenang. Ini kerana, Juri Profesional lah yg 100% layak untuk menentukan siapa yg mereka pilih. Tapi dgn adenye 'Pengundi' inilah yg menyekat kuasa mereka sebagai Juri Profesional..! Siape yg Juri sebenarnye ni? Tidak dinafikan bahawa ketika Juri Profesional memberi peratus markah kepada seseorang peserta, markah tersebut amat memberangsangkan berdasarkan kreativi Juri itu sendiri dalam menilai peserta itu. Apabila tiba masa untuk Pengundi memberikan markah untuk mereka (dgn cara mengundi melalui SMS) markah yg peserta dapat jauh sekali bezanya daripada markah yg diberikan oleh Juri tadi..! Peserta yg sepatutnye Juri harap2kan, tapi peserta lain plak yg diberikan peluang kerana telah 'diselamatkn' oleh undian! Ape sebenarnye yg telah t'jadi? Jawapannye adelah..Juri menilai seseorang itu dengan bakat serta kemampuan vokal peserta itu sendiri mahupun berdasarkan persembahan...manakala Pengundi pula menilai peserta itu dgn melihat populariti (senang cakap muke jambu) je..! mane hilangnye kuasa Juri? Populariti ke yg kite perlukan untuk m'cari bakat2 baru? Inilah yg aku kecewa skang ni...mereka (Pengundi) tidak lagi pentingkan kreativiti, bakat semulajadi, kemampuan vokal atau sebagainye.. kalau mcm nilah keadaannye, kenape kite perlu jemput Juri untuk memberi komen? Baik x payah kalo mcm ni..mereka (Juri) bagi komen pun, yg layak bukan ape yg mereka nak..org lain (Pengundi) plak yg tentukan..! Beginilah keadannye peredaran muzik skang ni..makin maju teknologi, tapi semakin mundur cara menilai bakat semulajadi seseorang peserta itu.
Di sini perlu ditekankan bahawa, aku tidak berada di mana2 pihak..sekadar memberi p'dapat aku je..kalau ade rase yg t'singgung tu harap maklumla..aku buat artikel ni bukan suke2 je..tapi b'dasarkan logik akal serta fikiran yg waras. Tapi, t'pulang la plak kat individu itu sendiri..pasal kite m'punyai minat yg b'beza2..
Posted at Tuesday, July 05, 2005 by endy
Permalink
Saturday, June 25, 2005
| Prektis, Prektis & Prektis |
Mcm nilah gayenye kalau ade show yg dah dekat...org lain prektis kat studio, tapi kitorang sempoi je prektis kat umah aku sindri..muahahaaa..abis, dah barang2 band sume kat umah aku..baik prektis kat umah je...korang nengoklah sindri, siap ade makan & minum lagi tu..! Itulah kelebihan bile kite prektis kat umah...sambil2 boleh makan & minum..pastu sambung main balik..! Kalau korang nak tau, dalam band ni cume yg main gitar (lead, rhythm & bass) je dlm golongan 'rumaja'...iaitu t'masuklah aku sindri...kire pelapis la kitorang ni...yg main dram, yg main keyboard & yg nyanyi (ayah aku) semuanye dah t'masuk dlm golongan veteran..paling veteran dlm band ni adelah pemain keyboard...umur pakcik tu skang dah masuk 70! Memang veteran abis..tapi masih mampu main keyboard lagi..!cayala...
#Insyaallah besok (26hb) aku ade show kat umah org kawin..skali umah sedare sindri daa...kitorang kene main dari pagi sampai petang...apepun, nanti aku buat report pasal show ni..orait..
Posted at Saturday, June 25, 2005 by endy
Permalink
Friday, June 24, 2005
| Wanita Mudah Jatuh Cinta Dengan Gitaris? |

Artikel ni aku amik dari zine Guitar & Bass keluaran Oktober 2002 Vol 6
Kalu kita ingat2 balik sejarah mana2 band pun, gitarisnya sering diingati dan sering dijadikan lagenda. Sesuatu band akan 'tempang' tanpa kehadiran seorang gitaris. Sebenarnya kalau anda ingin tahu, dari kaca mata seorang perempuan, pemain gitar lebih menonjolkan kegagahan seorang lelaki & pada waktu yg sama menyerlahkan kelembutan dalam jiwa mereka. Kegagahan timbul apabila lelaki dilihat menguasai gitar dengan cara 'plucking' yang pantas & menghasilkan alunan melodi mengikut jiwa mereka baik rock, metal, grunge, sentimental dan mcm2 lagi. Mereka (wanita) juga melihat kelembutan jiwa lelaki di dalam konsentrasi mereka untuk memainkan sesebuah lagu & melodi yg dihasilkan. Sesungguhnya di mata mereka (wanita) lelaki paling pandai mengekspresi perasaan mereka apabila diluahkan dengan petikan gitar.
Kalau dilihat pada bentuk gitar itu sendiri juga memainkan peranan yg penting. Bentuknya yg bercirikan pelbagai lengkungan menjadikan gitar itu sendiri membawa karakter yang kuat di dalam menjadikan pemainnya kelihatan seksi dan bergaya di mata mereka (wanita). Itulah sebabnya Fender, Ibanez, Gibson dan yg lain2 mengeluarkan berbagai bentuk gitar yg mempunyai personalitinya yg tersendiri. Penukaran jari dengan pantas dari not ke not oleh pemainnya juga membawa karakter kebijaksanaan si pemain gitar di mata mereka (wanita). Lebih2 lagi bila gitaris menunjukkan skill 'plucking' dan 'menggoreng', mulalah gadis2 di sekeliling menjadi cair dan lembik! Cubalah anda amati juga dari konsep bunyi gitar. Gitarlah yg banyak menentukan karakter sesebuah lagu. Gitar jugalah yg menjadikan sesebuah lagu itu berbunyi metal, rock, blues, & sebagainya. Ini juga mengukuhkan kepercayaan si gadis bahawa si pemain gitar adalah 'leader' di dalam sesebuah band. Apapun, terpulang kepada anda untuk mempercayainya atau tidak.
#Camne pendapat korang plak?Caye ke x ni?Artikel ni ditulis setelah editor membuat kajian..bukan suke2 die je nak tulis..!Bagi akula, ade benarnye ape yg editor tulis ni..kalo betul, lagila bagus kan...hik hik hik...
Posted at Friday, June 24, 2005 by endy
Permalink
Saturday, June 18, 2005
| Sure Pekat 3 Special Report |

Event: Sure Pekat 3 Lipis Jamm Festival
Venue: Hutan Lipur Terenggun, Kuala Lipis, Pahang
Date: 4 June 2005
Akhirnye aku dapat membuat laporan tentang SP3 yang berlangsung baru2 ni...bukannye ape, aku tggu gambo siap je...tu pasal lame! Tapi last2 gambo x terang...hampeh betul! Tahun ni band aku masih lagi dengan 3 org anggota (kalau x 4 org). Aku harapkan 4 org tahun ni, tapi sorang plak buat hal...hampeh tahap maharaja betulla...kitorang bertolak dlm pukul 10 pagi lebih kurang, lepak kat Genting Sempah jap pastu sambung balik perjalanan & sampai Kuala Lipis dlm pukul 1tghari. Sempat la kitorang menunaikan Solat Jumaat..Alhamdulillah...
Tahun ni kitorang pun kene import ahli gak...x lain dan x bukan adelah Kumprinx sebagai drummer & Afdxal sebagai bassist...! Ape nak buat, dah x cukup ahli..kene berkorban skitla diorang ni...hehe.. sampai je kitorang sampai dah xde idea nak main lagu ape utk besok pasal lagu yg kitorang rancang tu mustahil utk dibawak sebab sampai 2 org kitorang import pemain...last2 lagu yg x dirancang kitorang kene bawak..okla daripade datang dengan x membawa sebarang hasil..dari jauh plak tu...!
Mlm tu tanpe sebarang latihan intensif kitorang terus jamming..ape nak jadi, jadila...dan akhirnye berjaye jugak walaupun nampak sangat muke Kumprinx tercungap2 pasal jamming ntah bape jam tanpa henti...!hehe....jgn marah ye Kumprinx..& hari yg dtunggu telah tiba..kitorang masih pening pikir lagu pasal diorang sume bawak 4 atau 5 lagu...kitorang baru perfect 3 lagu..!Arrggghh..ape nak jadi, jadila...pastu bile tibe giliran kitorang, terus naik stage & x pikir mende lagi dah...aku terus setting sound, tune gitar & ape lagi? berentapla...x sangke lagu2 yg kitorang bawak tu jadi semuanye! w'pun xde mase nak praktis...Alhamdulillah, berjaye gak akhirnye..
Tahun ni menyaksikan beberape peningkatan yg ketare kat event ni...paling ketare adelah wujudnye beberape stail muzik lagi macam Black Metal & ade band budak2 kalau x silap aku budak2 baru 14 tahun..!bagus..satu peningkatan yg positif...SP4 tahun depan buat kat dewan kan..x ke gitu Kumprinx..? Insyaallah kite jumpe tahun depan...
Untuk laporan lengkap SP3, link kat blog Kumprinx:
SPIII Special Report Part 1 - Final Preparation
Full Report Part 2 - Show Time
Full Report Part 3 - Showdown In Terenggun (ade review pasal band aku METAFORA)
Posted at Saturday, June 18, 2005 by endy
Permalink
Monday, June 13, 2005
| Sejarah & Kebangkitan Rock |
::Definisi Rock::
Rock sebenarnye adelah perpecahan dari cabang muzik seperti folk, twist & blues. Dari sini, terciptalah muzik rock & roll & seterusnye membawa kepada kewujudan muzik rock.
::Pengaruh::
Muzik rock di Malaysia tercetus apabila kita mula mendengar material muzik barat yg terkenal ketika itu seperti Led Zeppelin, Van Halen, Deep Purple, Black Sabbath & byk lagi...dari sinilah segalanye bermule apabila satu persatu band ditubuhkan yg berteraskan muzik rock.
::Konsep & Cara Pemakaian::
Spike, leather, chains & jaket jeans menjadi trademark untuk mat2 rock ketika itu. Jeans yang ketat, t-shirt yg tidak berlengan yg tertera lambang matahari terbit (lambang band Loudness) kasut kulit tinggi, tak kurang juge kasut sneakers hi-cut yg berjenama popular seperti Reebok, Nike, Aliph & Adidas menjadi pilihan mereka ketika itu. Rambut plak jgn ckplah..mane ade mat rock dulu berambut pendek?
::Rock Mula Tercetus::
Ramai berpendapat bahawa Sweet Charity lah yg mule2 mencetuskan fenomena muzik rock di Malaysia walaupun ianya ditubuhkan di Singapura...Sweet Charity ditubuhkan pada tahun 1974 dan dianggotai oleh Ramli Sarip (Vokal), Rosli Mohalim (Gitar), Wan Ahmad (Gitar), Syed Hassan (Bass), Rahman Sarbani (Dram), Masrom & Ahmad Jaafar (Kibod). Sweet Charity jugelah yg meletakkan muzik rock di landasan yg sebenar sehingga mereka dilabel sebagai Deep Purple Singapura! Lagu2 seperti Kamelia, Teratai, Sejuta Wajah, Hilang Gelap Terbitlah Terang cukup memberikan kesan yg begitu mendalam terhadap industri rock yg baru wujud ketika itu.
::Perkembangan Muzik Rock::
Dari sini, satu persatu band yg berlandaskan muzik rock mule ditubuhkan...antara band yg terawal ditubuhkan selepas kemunculan Sweet Charity adelah:
Search
-ditubuhkan pada tahun 1981 di Johor Baharu & dianggotai oleh Yazit (Dram), Hillary Ang (Gitar), Memek (Bass) & Zainal (Vokal). Album mereka yg pertama ialah Cinta Buatan Malaysia yg telah diterbitkan pada tahun 1985. Ketika ini, tempat Zainal telah digantikan oleh Amy sebagai penyanyi, Nasir menggantikan Memek sebagai pemain bass & kemasukan Din sebagai pemain gitar kedua.
Ella & The Boys
-juga ditubuhkan pada tahun 1981 & terdiri daripada Ella (Vokal), Lord (Gitar), Ayie (Bass) & Mie (Dram). Nama 'Ella' telah diletakkan bersama 'The Boys' bagi memberi penghormatan terhadap diva rock pertama ketika itu. Shima juga pernah menyertai kumpulan The Boys dan menggunakan nama band sebagai Shima & The Boys.
Lefthanded
-pada asalnye Rahim Maarof yg menjadi penyanyi utama sehinggalah kemasukan Nash & melahirkan album pertama Lefthanded iaitu Keadilan. Ketika ini Lefthanded terdiri dari Nash (Vokal), Man Kidal (Gitar), Samad (Gitar), Yan (Bass) & Man Dayak (Dram).
Kembara
-satu lagi 'otai' yg tidak patut diketepikan. Ditubuhkan di Singapura & terdiri dari trio M.Nasir, S.Shahlan & A.Ali. Muzik mereka berteraskan muzik 'folk' yg sebenarnye adelah salah satu daripada tunjang muzik rock. Dengarkan lagu seperti Hati Emas, Kembara & Ekspress Rakyat & lagu2 inilah yg memberikan kesan mendalam terhadap perkembangan muzik rock.
Rusty Blade
-juga ditubuhkan di Singapura & telah melahirkan album pertama yg bertajuk 786 Ikrar Perwira pada tahun 1981. Dianggotai oleh Yantzen (Vokal), Khalid Mubin (Gitar), Md Noor (Gitar), Izad (bass) & Izan (Dram). Keunikan muzik rock yang mereka bawa telah membuatkan Rusty Blade dilabel sebagai Iron Maiden Singapura!
::Kesinambungan::
Selepas itu, iaitu di sekitar tahun 1987 sehingga awal tahun 90'an semakin banyak band ditubuhkan & menjadikan muzik rock satu muzik yang happening sekali pada zaman tersebut. Buktinya, semakin banyak pertandingan2 rock dianjurkan utk mencari band2 baru yg berpotensi, Juara Lagu juga menyaksikan muzik rock yg banyak mendominasi lain2 kategori pada masa itu! kelebihan yg ada pada band2 rock ni adelah keupayaan mereka untuk membawakan muzik secara live kerana vokalis dulu mempunyai pitch yg tinggi, gitaris yg mempunyai skil gitar yg tersendiri juga drummer yg mempunyai stamina untuk bermain. Aku gerenti kalau penyanyi skang ni x boleh bwk lagu2 dari band rock 80'an..! Betul x? Skang pun byk syarikat rakaman yg keluarkan balik lagu2 rock 80'an...kenape? Jawapannye senang je..industri muzik skang dah ketandusan idea!!!
::Perjuangan Yang Belum Selesai::
Walaupun band2 sekitar tahun 80'an kebanyakannye sudah tidak wujud lagi, perjuangan untuk memartabatkan muzik rock tetap diteruskan apabila band generasi 90'an seperti Ukays, Utama, Slam, Visa, Tropika (kini dikenali sebagai Jinbara) , Spring, Senna & byk lagi band2 yg ingin terus memperjuangkan muzik rock biarpun ketika ini (90'an) scene rock tidaklah semeriah tahun 80'an dulu. Apepun, muzik rock telah meninggalkan kesan yg begitu mendalam terhadap industri muzik tanah air.
Antara band2 yg pernah mewarnai industri rock sekitar tahun 80'an seperti Wings, May, SYJ, BPR, Gersang, Gamma, Dinamik, Febians, Crossfire, Bloodshed, Blackrose, Olan, Masa, Mega, Medicine, Desire, Illusi, Iklim, Menara, Laksamana, Ekamatra, Melissa, Lela, Wichitra, Junction, CRK, Meditasi, Cinema, Lipan Bara, Lagenda, Terrarossa, Sensasi, UG14, Analisa, Metallian, Putra, Slash, Zabarjad, Utopia, Teras, Etika, Erat, Gravity, Skala, Figures, Bahtera, Garuda, Pratayuda, FRU, Ariwatan, Kejora, Projek, Wizard, Gerimis, Villosa, Urgent, Jitu, Gerimis, Mutiara, Sejati, Burnmarks, Scandals, Axthara, Aroma, Warisan, Kafilah, G.E.T, Aryan, Zodiak, Izzaka, Perdana, Sahara, ODC, Suria, Destinasi, Hatty, Fantasia, D' Riyadh, Strangers, Finalist, Sera, Teja, Vagrant, Helter Skelter, Unwanted, Rockers....argghhh...byk lagi band kalau nak tulis!
::Info Rock::
-gitaris asal Wings adelah Sham, selepas beliau meninggalkan Wings beliau menubuhkan CRK & tempat Sham digantikan oleh Joe yg pade asalnnye menganggotai Scandals.
-Zainal merupakan vokalis asal Search, kemudian Amy masuk menggantikan beliau. Amy sebelum itu pernah menganggotai Titanic.
-sebelum menubuhkan May, Mus (vokal) & Abu (gitar) pernah menubuhkan Titiwangsa ketika di Kuala Lumpur.
-bekas pemain bass Teja iaitu Empy telah menyertai Spring pada tahun 1992 sehingga kini.
-sebelum bergelar penyanyi solo, Hattan pernah menyertai Pratayuda & FRU di sekitar tahun 80'an.
-SYJ adelah singkatan bagi 'Syed Yusuf Jamalullail'.
-Zarith merupakan penyanyi asal Mega, selepas beliau meninggalkan Mega tempatnye diganti oleh Rahmat yg pade asalnye penyanyi Gerimis.
-pemain dram Les Sekinchan iaitu Ogie adelah bekas pemain dram Babylon yg popular sekitar tahun 80'an.
-Aris Ariwatan bukanlah name sebenar Aris. Sebaliknye name itu diperolehi apabila beliau menganggotai Ariwatan sehingga nama Aris Ariwatan terus kekal sehingga kini.
-Amir yg menjadi penyanyi Ukay's merupakan penyanyi asal kumpulan Analisa.
Rujuk Kumprinx punye artikel pasal Dato’ Mohamad Rahmat dan impaknya terhadap industri rock kapak Malaysia.
http://kumprinx.blogspot.com/2005/06/dato-mohamad-rahmat-dan-impaknya.html
Posted at Monday, June 13, 2005 by endy
Permalink
Thursday, June 02, 2005
| Sure Pekat 3 Last Preparation |
  
Nilah persiapan yang aku buat sebelum Sure Pekat 3...kerap gak aku praktis bile malam. Kekadang aku praktis gak dengan Angah (2nd guitar band aku)...tahun lepas (Sure Pekat 2) Angah belum join lagi band aku ni...baru tahun aku die join band aku..bukan sesape, sedare aku gak. Senang skit kalau ade pape nanti...lagipun die menunjukkan peningkatan bile main kat mane2...(kalau aku ade show) pun die join gak.
Apepun, persiapan aku untuk kali ni adelah:-
- gitar Ibanez baru aku (dah semestinye)
- MT-2 Boss Metal Zone
- DD-3 Boss Digital Delay
- Dean Markley Guitar String (09-42)
- Dean Markley Guitar Pick (pick favourite aku)
- Peavey Guitar Tuner (baru beli)
- Sneakers Reebok aku (tak tinggal gak)
Dengan ini juge, aku telah meng'apply' cuti untuk besok kat boss aku...die pun kate ok je. Jadi, besok dalam kul 8 pagi lebih kurang aku akan bertolak dari kg halaman menuju ke Lipis. Perjalanan mungkin mengambil mase lebih kurang 4 jam..banyak mende lagi nak buat bile sampai sane nanti. Praktis lagu...malamnye plak nak jamm..
::Berita Mengejut::
Semalam aku terime berita pengunduran dari drummer aku yg die x dapat join Sure Pekat 3 nanti... tapi takpe, itu semua tak mematahkan semangat aku dan rakan seperjuangan yg lain...ape pun aku akan tetap meneruskan perjuangan yg belum selesai ni...semalam aku dah inform kat Kumprinx yg aku memerlukan sorang drummer sebagai ganti. Huh..susah gak mcm ni..memule bassist aku x dapat join pasal study lagi..yg ni takpela gak..pastu drummer aku plak..apepun aku hanye boleh tunggu ape yg akan berlaku nanti..tunggu dan lihat je..! Harap2 semuanye akan berjalan dengan lancar..
Posted at Thursday, June 02, 2005 by endy
Permalink
Monday, May 23, 2005
| Brutal ke aku? / Jiwang ke aku? |

Pernah sorang hamba Allah tanye kat aku:
"Muzik ape yg ko minat?" die tanye
"Semua muzik masyuk, rock kapak pun layan" jawab aku
"Rock kapak pun ko dengo? jiwangla ko ni.."
Ayat last ni lah yg m'buatkan hati aku panas...ade ke die cakap rock kapak jiwang? sape kate jiwang? nampak sangat die tak tahu "ape itu muzik". Memang kebanyakan band2 rock kapak ni lebih terkenal dgn lagu slow diorang..tapi cube korang dengo keseluruhan lagu dalam kaset tu...mestila ade lagu rock yang 'Heavy' ade, yg 'Catchy' pun ade..malah lebih bagus dari lagu2 skang ni...walaupun diorang nyanyi lagu slow, tapi unsur2 rock masih lagi kedengaran seperti pitch vokal yang tinggi serta solo gitar yang menjerit dan bermelodi..lagu2 slow nilah sebenarnye yg menaikkan name band2 ni..pasal kebanyakan band2 dulu di'gam' kerana berambut panjang..tu yang membuatkan lagu2 yg berentak heavy diketepikan sepenuhnya...nampak sangat ade unsur sabotaj..! Aku amik contoh kat band Search...diorang jugak t'kenal dgn lagu2 slow macam Rozana, Gadisku, Kejora, Isabella, Seroja, Laila Namamu Teratas & mcm2 lagi..apesal korang tak kate Search jiwang..?diorang ade nyanyi slow rock ape..ha..t'nyate die sempit pemikiran terhadap muzik! Samela keadaannye dgn band2 lain yg wujud tahun 80'an dulu...stail muzik lebih kurang same je..mesti ade lagu Heavy & tak ketinggalan lagu slow rock yang menjadi 'Killer Song' bagi sesebuah band..! Tak macam band skang ni (bukan semua la..) tak boleh main live, bile recording jemput sessionist...sape yg diorang cari?bukan ke org2 lame macam Samad Lefthanded, Man Keedal, Hillary Ang...? skang ni harap muke jambu je..dah boleh jadi artis..! (mungkin ayat ni pedas skit bagi sesetengah org) Ha..jawabla..

Pastu hamba Allah ni tanye kat aku lagi
"Ko ade dengo XPDC ke?" die tanye
"XPDC biasela..sape tak kenal XPDC?" jawab aku
"Hek eleh..brutal la tu kononnye..!" die sambung
Satu lagi kenyataan yg m'buatkan aku panas hati..aku dengo rock kapak die kate jiwang..aku dengo metal die kate konon brutal..! Sempit betul pemikiran terhadap muzik die ni.. aku takkan dengo sesuatu muzik tu tanpa mengkaji sejarah & latar belakangnye terlebih dahulu! Ade die tahu pergerakan Underground kat Malaysia ni? yg die tahu XPDC brutal..sape Pioneer Thrash Metal kat Malaysia?sape Otai Death Metal kat Malaysia?sape Pioneer Black Metal kat Malaysia?band ape yg mencetuskan muzik metal kat Malaysia?bile aku tanye x tau plak...? band2 ni lagi brutal dari XPDC...tula, len kali kalau nak buat kenyataan tu bertapis skit..lagi skali aku cakap " Aku takkan minat kat sesuatu muzik tu tanpa mengkaji sejarah & latar belakangnye terlebih dulu"
Kenape aku minat rock kapak?kenape aku minat metal?pasal aku dah kaji muzik ni kat Malaysia / luar negare..
#ade korang minat lagu 60'an?asli?joget?keroncong?aku minat semua muzik ni..pasal ape?x payah tanye..
Posted at Monday, May 23, 2005 by endy
Permalink
Thursday, May 19, 2005

Tarikh : 8 May 2005
Tempat : Kg Keru Hilir, Tampin, Negeri 9
Kali ni aku beraksi dengan gitar Ibanez aku yg baru buat pertama kalinye...! Fuhh..boleh tahan gak jauhnye tempat ni..maklumla kene plak kat kawasan Felda. Tapi ramai kat sini..dah mcm kat pekan.. kitorang bertolak dlm pukul 8.30 & sampai kat sane dlm pukul 11! Sori ye tuan umah pasal lambat skit..hehe..nak cari umah lagi satu hal...huh! sampai2 je terus setting barang & buat sound check..tak sempat nak rehat tu..belum lagi main dah sakit pinggang pasal lame dok dalam keta..! Hah..ape lagi? dah siap sume..dan terus beraksi tanpe henti sampai kul 1 tgahri. Rehat satu jam pukul 2 sambung balik sampailah pukul 4 ptg..pastu rehat lagi & sambung balik pukul 5 sampaila pukul 6 petang..! Penyanyi tak ramai time tu, cume ade ayah aku & Pakcik Rosli je..yg lain tak dpt join sebab ade hal..yg org sane pun segan silu nak nyanyi la pulak..tak cool la mcm ni.. lain kali Insyaallah aku akan ke sane lagi..pasal dah ade org tanye bape bayaran kalau main dari pagi sampai malam..! mak aih..ni mcm aku tak sanggup je..dari pagi sampai mlm? fuhh..camne la penatnye tu ek..
Posted at Thursday, May 19, 2005 by endy
Permalink
Wednesday, May 18, 2005
| Amplifier Marshall Valvestate VS100-R |

Sebenarnye aku bukan beli amp baru..aku beli amp 2nd hand je..tak mampu aku kalau nak beli baru! Harge kat pasaran skang ni adela lebih kurang RM2000++..huhu..mane aku mampu nak beli siott..2nd hand pun jadila..condition amp ni pun elok lagi..makin 'berusia' makin mahal & makin power amp ni sebenarnye..ayah aku yg bagi idea suruh beli amp ni..tiap kali ade show aku slalu sewa amp ni daripada orang lain..kenape tak aku beli terus je daripada terus sewa kat die kan..?ayah aku lagi futuristik dari aku..bagus betul cadangan ayah aku ni..aku pun terus belila dengan harge 1000++..tapi sebenarnye amp ni belum lagi menjadi 'hak tetap' aku lagi..! bukan ape, aku baru bayo separuh dulu..hehe..nanti kalau dah abis bayo baru jadi 'hak milik kekal' aku..
Spesifikasi amp Marshall ni:-
- 100 watt die punye power (konsert pun boleh)
- overdrive channel & clean channel
- reverb & delay built in
- boleh tahan die punye berat
- ramai band popular pakai amp Marshall (Metallica, Megadeth & etc..)
Posted at Wednesday, May 18, 2005 by endy
Permalink
Monday, May 16, 2005
| Sure Pekat III : POSTPONED! |
Dukacita dimaklumkan bahawa Sure Pekat III yang sepatutnye berlangsung pada 22 May ni telah ditangguhkan atas sebab2 tertentu. Setelah dipersetujui oleh pihak pengurusan, maka Sure Pekat III dengan rasminye akan berlangsung pada 4 June 2005 (Sabtu). Untuk keterangan lebih lanjut, sile berkunjung ke http://kumprinx.blogspot.com
#Fuhh..nasib baik ko tunde 4 Jun, kalau 5 Jun memang aku tak dapat join Kumprinx oii..pasal 5 Jun aku ade show kat kampung aku! Ni bermakne aku bertolak dari sini pade hari Jumaat..lepas abis je Sure Pekat aku kene bertolak balik dengan segera pasal besoknye (5 Jun) aku ade show! Uii..tak dapat bayangkan betape penatnye aku nanti...
Posted at Monday, May 16, 2005 by endy
Permalink
|