http://undisputed.blogdrive.com





Name: ND Herwandi
Umur? : 2+
Lokasi : Klang
Hobi : Main gitar, jamm, dengar lagu, bace majalah, tengok VCD
Keje : Opis



Dimmu Borgir - Sympozium

IZIN STUDIO
Studio Jamming & Karaoke
Tempat: Seksyen 11 Shah Alam

  • 2 jamming studio & 1 karaoke
  • Studio semua berkapet
  • Ade 2 bilik air (kalau x cukup x taula)
  • Full gadget (Metal Zone, Delay, Chorus)
  • Efek Zoom 707II pun ade
  • Amplifier berjenama Laney
  • Studio 1jam RM23 lepas kul 12 + RM2
  • Karaoke 1jam RM20 (nyanyi sampai muntah)
  • Jurufoto utk semua majlis
  • PC maintenance (under GLOBAL ZEEN)
  • Akan datang: Kelas vokal


  • Call En. Izan 012-684 4455


    << March 2005 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04 05
    06 07 08 09 10 11 12
    13 14 15 16 17 18 19
    20 21 22 23 24 25 26
    27 28 29 30 31


    Death - Story To Tell

    SELECTED ARCHIVE

  • Sure Pekat 3 Special Report
  • Sejarah & Kebangkitan Rock
  • Sure Pekat 3 Last Preparation
  • Brutal Ke Aku? / Jiwang Ke Aku?
  • Tampin Live 'n' Loud
  • Amplifier Marshall Valvestate VS100-R
  • Sure Pekat II 2004 : Total Recall
  • Gitar Baru!!! Ibanez RG 370-DX
  • Kanchong Darat Total Disaster
  • Back To The Future
  • Reebok Hi-Cut Sneakers X'Mas Edition
  • Rewind Juara Lagu 1991
  • Revolusi Metal
  • Review Gila-Gila Remaja

  • MUSTI LINK!
    guitar.com 
    tabcrawler.com 
    centurymedia.com 
    malscene.net 

    JOURNAL
    coming soon...
    Journal penuh tentang Revolusi Metal! Nantikan...

    Marduk - To The Death's Head True

    FAVOURITE LINK
    ibanez.com 
    washburn.com 
    gibson.com 
    fernandes.com 
    bcrich.com 
    jackson.com 
    fender.com 
    esp.com 


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



    Sunday, March 27, 2005
    | Revolusi Metal |

    ::Ape tu Metal?::
    Metal kalo nak ikutkan die nyer meaning adelah besi atau logam. Sebenarnya Metal ni nak menerangkan maksud di sebalik jenis muzik aliran keras ni. Mungkin disebabkan bunyinye yang berat, suara yang growl, hentaman double pedal, dan irama yang laju timbullah maksud Metal ni. Aku malas nak ulas lebih lanjut tentang Metal ni...nanti aku siapkan die nyer journal tentang Metal ni. Apepun, aku nak kongsi minat muzik Metal ni dengan memaparkan caban-cabang muzik Metal ni beserta bandnye sekali.

    ::Heavy Metal::
    Di katakan telah dimulakan oleh Black Sabbath dari England sejak tahun 60'an lagi. Muzik ni lebih kepada bunyi yang berat, suara tak payah nak growl sangat pun takpe. Tapi ianya lebih kepada melodi samada nyanyian ataupun gitar solo. Senang cakap macam rock yang 'diberatkan lagi'.
    Fear Of The Dark Iron Maiden
    Ni adelah contoh terbaik band Heavy Metal...Iron Maiden! Band ni dah lame bertapak, iaitu sejak dari tahun 80'an lagi, sehingga mereka digelar 'The New Wave of British Heavy Metal'. Sering menjadi ikutan bagi band-band baru yang nak bertapak kerana keunikan riff gitar, solo yang bermelodi, dan gaya serta showmanship ketika persembahan. Berasal dari England dan sudah mempunyai berpuluh-puluh buah album! Antara lagu yang aku minat - The Trooper & Fear Of the Dark, Aces High
    Contoh band Heavy Metal lain: Judas Priest, Motorhead

    ::Thrash Metal::
    Di cetuskan sekitar tahun 80'an lagi. Muzik ni plak banyak keunikan pada riff gitar yang tajam serta 'catchy'. Kire lainla dengan Heavy Metal tadi. Suara plak agak growl, muzik yang fast dan bertenaga, hentakan dram dan double pedal yang padu. Thrash Metal banyak dikuasai oleh band dari Germany seperti Kreator, Destruction dan Sodom.
    Violent Revolution Kreator
    Aku suke kat band Kreator ni. Mille Petrozza (Vocal & Guitar) adalah tunjang utama bagi band ni. Banyak menyumbang kepada penghasilan riff Thrash Metal sejati, lirik yang mengagumkan dan suara yang growl menjadikan band ni band Thrash Metal yang sejati. Lagu yang aku minat - Violent Revolution.
    Contoh band Thrash Metal lain: Destruction, Sodom, Metallica, Megadeth, Slayer, Pantera, Sepultura, Metalucifer, Nuclear Assault

    ::Death Metal::
    Death Metal banyak mengisarkan lirik tentang kematian. Ni yang seram skit ni....muzik tak banyak sangat beza dengan Thrash Metal. Tak banyak yang aku boleh komen tentang Death Metal. Muzik ni banyak dikuasai oleh negara Scandinavia seperti Norway, Sweden, Finland. Kalau korang dengar, taula camne....
    Cause Of Death Obituary
    Obituary berasal dari US. Walaupun Deah Metal banyak dikuasai oleh negara lain, namun Obituary tetap dengan pendiriannya dalam memperjuangkan irama Death Metal. Lagu yang aku minat - Cause Of Death & Slowly We Rot.
    Contoh band Death Metal lain: Possessed, Death, Entombed, Dismember, Morbid Angel, Deicide, Celtic Frost, Arch Enemy, Unleashed

    ::Black Metal::
    Juga telah dimulakan oleh band dari England iaitu Venom! Selepas itu ia banyak dikuasai oleh negara Scandinavia seperti Norway. Black Metal plak berteraskan muzik yang 'Dark' dan 'Gothic'. Dengan diiringi oleh alunan keyboard yang menyeramkan, lirik yang berunsur mistik dan dressing yang serba hitam serta kekadang diorang cat muke diorang 'Corpse Paint' biar nampak ganas skit. Riff gitar pun menarik gak, berat dan kekadang fast. Apepun, macam yang aku cakap kalau dengar taula muzik ni camne...
    Bitter Suites To Succubi  Cradle Of Filth
    Salah satu antara otai Black Metal iaitu Cradle Of Filth yang berasal dari England. Band ni memang aku respek dari dulu lagi. Diorang punye stail muzik memang Black Metal sejati. Siap ade bunyi keyboard yang menyeramkan tu...suara vokalis ni plak boleh tukar dari growl, suara macam hantu pun ade. Cayala...lagu aku minat - From The Cradle To Enslave.
    Contoh band Black Metal lain: Bathory, Mercyful Fate, Dark Throne, Emperor, Immortal, Burzum, Mayhem, Marduk, Dark Funeral, Rotting Christ, Dark Tranquility, King Diamond, Dimmu Borgir

    Note# Scene muzik Metal Malaysia telah dimulakan oleh band Blackfire dari Perlis yang membawa muzik Black Metal. Kemudian banyak band baru ditubuhkan yang menjadikan Blackfire sebagai idola mereka seperti Nemesis, Rator, Slap Death, P.R.O.V, Picagari, Silent Death, Brain Dead, Betrayer, Wait Death, Sil Khannaz, Punisher, Colorfull Bullet, Tormentor, Vulga, Necrofist, Senseless

    Posted at Sunday, March 27, 2005 by endy

    wan
    November 26, 2009   12:18 PM PST
     
    (intro fear of the dark....)
    Otai Keedal
    October 15, 2008   10:39 AM PDT
     
    Teruskan perjuangan.... muzik satu revolusi..muzik satu pengembaraan.... jadi terus...
    ROCK NEVER DIE !!!!
    Wa sokong lu bro....
    Waklu
    May 28, 2007   03:08 PM PDT
     
    salam metal dari gua..
    peminat muzik metal n rock kapak.
    kepada metal heads sumer, teruskan perjuangan
    WildChild
    September 20, 2006   05:05 AM PDT
     
    kpd bdk2 metal.teruskan perjuangan anda.metal terus hidup untuk selamanya...metal.
    sepul
    January 27, 2006   10:41 PM PST
     
    hidup mayhem euronymous
    rock zaman
    January 23, 2006   10:22 PM PST
     
    UNTUK MAT-MAT BLACK METAL........!MULAI SKRG BLACK METAL DAH DIISTIHARKAN SESAT DAN MURTAD..........!KITA ORG TIMUR ADA BUDAYA KITA.........!!!!!JGN SMPAI JAUH TERLAJAK!!!!!!! KITE ADA SEARCH,WINGS,MAY,DLL
    JIWE MSTI ROCK KAPAKKKK!!!!!!!
    rock zaman
    January 23, 2006   10:15 PM PST
     
    brader.........ROCK TETAP ROCK......STILL ROCK...........JIWE MSTI KARAT...........GUA FANATIK MAY...............
    bob
    December 2, 2005   12:04 PM PST
     
    grind your mind..yearghh.....
    Abiardh
    October 11, 2005   01:37 AM PDT
     
    We are BlackDeath metal from Kota Gapura Utara Perlis
    Aidy Rafidzi Hj Ahmad
    August 9, 2005   04:52 PM PDT
     
    Let my servant be secret and few for they shall rule the known and many....aidy/Blackfire
    azell
    April 4, 2005   11:47 AM PDT
     
    azell tergolong dalam kategori die hard fan of "Thrash Metal" - Metallica! ;)
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Google
    © uNDisputed