http://undisputed.blogdrive.com





Name: ND Herwandi
Umur? : 2+
Lokasi : Klang
Hobi : Main gitar, jamm, dengar lagu, bace majalah, tengok VCD
Keje : Opis



Dimmu Borgir - Sympozium

IZIN STUDIO
Studio Jamming & Karaoke
Tempat: Seksyen 11 Shah Alam

  • 2 jamming studio & 1 karaoke
  • Studio semua berkapet
  • Ade 2 bilik air (kalau x cukup x taula)
  • Full gadget (Metal Zone, Delay, Chorus)
  • Efek Zoom 707II pun ade
  • Amplifier berjenama Laney
  • Studio 1jam RM23 lepas kul 12 + RM2
  • Karaoke 1jam RM20 (nyanyi sampai muntah)
  • Jurufoto utk semua majlis
  • PC maintenance (under GLOBAL ZEEN)
  • Akan datang: Kelas vokal


  • Call En. Izan 012-684 4455


    << September 2005 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03
    04 05 06 07 08 09 10
    11 12 13 14 15 16 17
    18 19 20 21 22 23 24
    25 26 27 28 29 30


    Death - Story To Tell

    SELECTED ARCHIVE

  • Sure Pekat 3 Special Report
  • Sejarah & Kebangkitan Rock
  • Sure Pekat 3 Last Preparation
  • Brutal Ke Aku? / Jiwang Ke Aku?
  • Tampin Live 'n' Loud
  • Amplifier Marshall Valvestate VS100-R
  • Sure Pekat II 2004 : Total Recall
  • Gitar Baru!!! Ibanez RG 370-DX
  • Kanchong Darat Total Disaster
  • Back To The Future
  • Reebok Hi-Cut Sneakers X'Mas Edition
  • Rewind Juara Lagu 1991
  • Revolusi Metal
  • Review Gila-Gila Remaja

  • MUSTI LINK!
    guitar.com 
    tabcrawler.com 
    centurymedia.com 
    malscene.net 

    JOURNAL
    coming soon...
    Journal penuh tentang Revolusi Metal! Nantikan...

    Marduk - To The Death's Head True

    FAVOURITE LINK
    ibanez.com 
    washburn.com 
    gibson.com 
    fernandes.com 
    bcrich.com 
    jackson.com 
    fender.com 
    esp.com 


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed


    Monday, September 19, 2005
    | Pop Yeh Yeh |

    A.Halim & De' Fictions Hasnah Haron & Les Kafila's Kassim Slamat & The Swallows J.Kamisah & The Wisma S.Jibeng & Orkes Manjalina
    Sebahagian (ni baru skit) daripada koleksi piring hitam ayah aku yg masih disimpan & boleh lagi didengar..

    Pop Yeh Yeh atau kekadang dipanggil muzik tahun 60'an...muzik sebegini mula memasuki Malaysia setelah mendengar material dari luar seperti kumpulan The Beatles, The Shadows, The Ventures & mcm2 lagi. Dulu diorang tak panggil kumpulan itu sebagai 'band' tapi diorang panggil sebagai 'kugiran' yg b'maksud 'Kumpulan Gitar Rancak'...muzik ini unik pasal liriknye yg begitu puitis, ade yg rancak & ade yg slow, kelebihan kepada vokalis yg m'punyai suara yg merdu, dram yg simple, bass line yg penuh 'bunga2' & gitar lead yg m'buat solo merdu & unik sepanjang mengiringi lagu menjadikan lagu Pop Yeh Yeh terus 'hidup' sampai bila2...lagipun lagu2 sebegini amat sesuai untuk semua peringkat umur. Jadi tak heranla kalau ade kenduri kawin ke mesti lagu2 60'an dijadikan lagu 'wajib' untuk dimainkan..

    Artis yg pertama yg merakamkan piring hitam (EP) adelah M.Osman (Allahyarham) iaitu ayah kepada pengarah filem terkenal Aziz M.Osman..beliau merakamkan EP yg pertama yg terkenal dgn lagu Suzana & dirakamkan seawal thn 1964 lagi. Sebab itulah beliau digelar sebagai 'Pelopor Muzik 60'an'. Isteri beliau iaitu Afidah Es juge merupakan penyanyi di thn 60'an...dari sini, banyak kugiran2 serta penyanyi yg muncul selepas tercetusnya era muzik 60'an ni. Antara kugiran terawal yg ditubuhkan ialah Orkes Nirwana yg dipimpin oleh Dato' A.Rahman Hassan serta isteri beliau iaitu Azizah Mohd..kugiran ini telah ditubuhkan sejak thn 1965 lagi & yg paling menakjubkan adelah kugiran ini masih lagi wujud sehingga ke hari ini!

    Kalau nak cite lagi, memang x abis la jawabnye..byk sejarah2 pasal era muzik thn 60'an ni. Antara kugiran & penyanyi yg pernah mewarnai persada muzik 60'an adelah seperti A.Ramlee & The Rhythm Boys, L.Ramlee & Orkes Teruna Ria, A.Halim & De' Fictions, Jeffrydin & Siglap Five, J.Sham & The Wanderers, Kassim Slamat & The Swallows, M.Shariff & The Zurah, S.Jibeng & Orkes Manjalina, Salim I & The Wisma, Hasnah Haron & Les Kafila's, Roziah Latiff & The Jayhawker. Penyanyi lain adelah seperti M.Ishak, A.Rahman Onn, Jaafar O, A.Romzie, A.Karim Jais, Adnan Othman, M.Fadhil, M.Noor, Halim Yatim, Ahmad Jais, Ismail Kasdi, J.Kamisah, Fatimah M.Amin, Maria Bachok & ramai lagi...

    Dendang Suria
    Inilah band ayah aku...amacam?old school punye gambo ni..

    Hofner Hofner
    Cube perhatikan gambo band ayah aku kat atas tu..pastu tengok plak gitar yg digunakan tu...same tak dgn gambo kedu-dua gitar ni?Ha..inilah gitar yg kat gambo band tu..sampai skang ni ayah aku masih simpan lagi!!! Gitar jenama Hofner buatan Itali..skang ni dah tak kuar lagi dah gitar ni...!

    A.Halim & De' Fictions Cover blakang ade lirik tuuu.. Caltex Record?? Minyak Caltex??
    Aku tertarik kat EP A.halim & De' Fictions ni..kat bahagian blakang ade tulis lirik skali tuu..pastu lagi best pasal kat piring hitam tu ade tulis Caltex Record!! Aik?ape kene mengene minyak Caltex dgn piring hitam..?? Adekah tokey asal Caltex ni memulakan bisnes dgn m'buke syarikat rakaman? kemudian beralih angin ke bisnes minyak petrol plak..??kompius betulla..hehe

    Posted at Monday, September 19, 2005 by endy

    parley
    July 24, 2007   05:27 AM PDT
     
    ade sesape nk jual pemain piring hitam? emel sy ehh..

    itscooltobeoriginal@yahoo.com
    Nash Rinz
    June 28, 2007   05:17 PM PDT
     
    SAYA MINAT NAK BELI PIRING HITAM. SILA CONTACT:
    017-3171063
    Nash Rinz
    June 28, 2007   05:15 PM PDT
     
    sape nak jual piring hitam sila contact: 017-3171063
    jefriharis
    June 25, 2007   01:31 PM PDT
     
    Ade beberapa kugiran lain yang tak selalu kita dengar tp famous juga 1 masa dulu.Antaranya....ISMAIL KASDI DAN LES JEJAKA,EDDIE AHMAD & THE ANTARTICS,AHMAD JAIS & DENDANG PERINDU,S.RAMINAH & THE ALFAN,S.JIBENG & THE TUN'S FIVE,SERI ARJUNA.ANIDA & THE ZARAKS,RAHMAT SABIRIN DAN PANCHA SURAYA,NORAsHIKIN WITH THE CASTLERS,MUZARIS WANN BERSAMA ORKES TERUNA BARU,RAHIM ALI AND THE WANDY 5,SALIMI OMAR DENGAN IRINGAN THE BLUEBEATS,S.JAMILAH DAN SAPTA DAHLIA,HANI JAMAL & 5 BERSATU,HUSIN ISMAIL DAN THE SANDBLUES,S.ROHA & THE SANGAM BOYS(ala hindustan),AINI HAMID AND THE DREAMERS.DE'AKROBATS,D.HATTA & DE'FOUR EVER,THE VOUCHERS,J.ISMAIL AND DE'IRAMA,ASMAH ATAN WITH THE TERUNA,ELIZA ARIFIN DAN JB MUSAFIR,THE PRETENDERS & WANDY YAZID serta beratus lagi kugiran pop melayu 60an antara thn 64-69.
    jefriharis
    June 24, 2007   09:02 PM PDT
     
    Kugiran pop 60an terawal bukan Orkes Nirwana dari JB sebaliknya kugiran Ahmad Daud with The Swallows,The Click 4 & Jaafar O dan ade 2,3 lagi kugiran.Cuma pada masa itu mereka hanya tertumpu pade muzik berentak twist dan rock n roll sahaje,,,Contoh lagu Puntianak dan Si Manis 17 nyanyian Ahmad Daud pade 1964.Rentak twist adelah twist dan ianya bkn rentak pop yeh yeh.Pop Yeh Yeh hanya wujud sekitar lewat 1964 dan mula dipelopori oleh M.OSMAN dengan munculnya lagu Suzanna dan Kisah Di Simpang .Thn 1965 baru wujud kugiran Rayuan Pengembara Kajang,Jefrideen & The Siglap 5 S'pore,The Rhythm Boys,The Jayhawkers,Orkes Teruna Ria.Kemudian selepas thn 1965 byk lagi kugiran yang muncul,contohnya The Hornets,The Young Lovers,Les Fentones,The Twilites,De'Rumaja,Desa Bersaudara,The Wisma,Les Fairuz,The Zeds,Impian Bateks,The Pretenders,The Clans,The Hooks,The Strangers,The Families,The Night Shadows,Les Remaja dan banyak lagi.Semasa arus moden melanda muzik malaysia pada pertengahan tahun 64-65,para pemuda zaman itu dah tak pedulikan lagu2 Cha Cha,Bosanova atau lagu2 tradisional.Mereka lebih tertumpu pada kugiran 3 gitar,1 deram,panyanyi dan adekalenye di tambah dengan pemain tamborin jugak organ sambil mengenekan kot kilau2,tali leher nipis,seluar ketat tergantung ala wet look dan juga cermin mata hitam atau cokelat....Lagu2 pop Indon bkn popular pada hari ini jer,tp dah famous dari thn 60an lg,contoh penyanyi Rickieno Baijuri,The Peels,The Commodores dan Iwan & The Rollies....Walau apepun,syabas di atas tulisan saudara...Saudara juga menghargai muzik lama.Saya juga seperti saudara dan baru berusia 29thn tapi alhamdullilah sket2 tu taulah tentang sejarah POPYEHYEH.
    JEFRIHARIS
    June 23, 2007   06:21 PM PDT
     
    Feeeewiiittt....yeh yeh!Bapak ku jua A-go-go!
    Ade sesape yang ade video klip kugiran pop 60an yang asli nyer?Aku minat giler kat music 60an lebih2 lagi kugiran British yg menjadi perintis kewujudan popyehyeh kat malaysia dulu,mcm Herman's Hermitts,Rolling Stone,The Monkees.The Beatles dll.Sesiapa yang nak dapatkan lagu pop 60an Melayu rakaman ori buleh menghubungiku... Aku ade 3000 lagu ENGLISH 60an dan selebihnya lagu2 pop melayu 60an. Kalau minat korang same ngan aku,kite buleh member...p/s ade sesape tau kelab pop yeh-yeh?aku nak join arrrr....0126177212
    balloq
    June 8, 2007   05:58 PM PDT
     
    ade sape2 yg tengah nak cari piring hitam call aku.... barang baik punye. tp, agak mahal la.. 0176345888
    balloq
    June 8, 2007   05:39 PM PDT
     
    ade sape2 yg tengah nak cari piring hitam call aku.... barang baik punye. tp, agak mahal la.. 0176345888
    balloq
    June 8, 2007   04:48 PM PDT
     
    ade sape2 yg tengah nak cari piring hitam call aku.... barang baik punye...
    balloq
    June 8, 2007   04:08 PM PDT
     
    ade sape2 yg tengah nak cari piring hitam call aku.... barang baik punye...
    eiaa
    October 2, 2006   04:55 PM PDT
     
    a'kum
    berminat le ngan piring itam ni..nak email boleh?

    adzira
    butter_scotch03@yahoo.com
    Barney
    September 14, 2006   11:24 PM PDT
     
    I'm a fan of the 60's band and had followed the first band competition at RTM 1 "Muzik Muzik Muzik" in "66 I think. They were all fantastic. A.Halim, A.Ramli, Rosia Latiff, Orkid Abdullah, J. Sham, Jeffry Din, M. Ishak, M. Osman and many others. They brough life to the Malaysian Music industry. Not forgetting The Strollers, Tornados and Los Indians of Taiping. It was a wonderful 60's and the music of the 60's was the best.
    yahyamh
    August 15, 2006   11:36 AM PDT
     
    Memang le lagu2 60an merdu dan mengasyikkan... Kugiran dulu2 banyak tertumpu kat S'pore dan Johor terutama JB dgn Muar. Teruna Ria satu2nya dari P.Pinang. KL masa tu mana ada kugiran 60an.
    The Zurah juga timbul sekitar awal 70an.
    Aduh... kenangan mengimbau nostalgia melambai...
    kurniasan
    August 9, 2006   02:44 PM PDT
     
    wowww.. hebat ada gak anak muda yg minat popyehyeh ni..x sangka a2k..ni apsal mudamudi skang x wat popyehyeh revival ato pun kugiran revival..ni coz bagi a2k laa kan ni music asal malaysia ia species la ngan garage rock nun d america 2.. dorang sda wat garage revival kta plak bila lagi???
    yeahhh!!! hidup popyehyeh!!!
    cLina
    March 10, 2006   01:40 PM PST
     
    ehhh..bestnyer...ayahanda pon ahlil musikkk...
    fendy
    March 6, 2006   01:31 PM PST
     
    saya pun nak pegang akak
    Name kamaruddin
    September 30, 2005   03:59 PM PDT
     
    assalammualaikum. hobi saya mengumpulkan piringhitam tahun 60an. Kalau saudara berhajat hendak menjualnya boleh hubungi saya 0193251103. Harga boleh dirundingkan.
    mayameera
    September 22, 2005   10:43 AM PDT
     
    nd... cantik arrr gitar tu....
    bila lah agaknya akak boleh pegang gitar tu ek... nak main tak reti... dapat pegang jadilah... hehehe
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Google
    © uNDisputed