http://undisputed.blogdrive.com





Name: ND Herwandi
Umur? : 2+
Lokasi : Klang
Hobi : Main gitar, jamm, dengar lagu, bace majalah, tengok VCD
Keje : Opis



Dimmu Borgir - Sympozium

IZIN STUDIO
Studio Jamming & Karaoke
Tempat: Seksyen 11 Shah Alam

  • 2 jamming studio & 1 karaoke
  • Studio semua berkapet
  • Ade 2 bilik air (kalau x cukup x taula)
  • Full gadget (Metal Zone, Delay, Chorus)
  • Efek Zoom 707II pun ade
  • Amplifier berjenama Laney
  • Studio 1jam RM23 lepas kul 12 + RM2
  • Karaoke 1jam RM20 (nyanyi sampai muntah)
  • Jurufoto utk semua majlis
  • PC maintenance (under GLOBAL ZEEN)
  • Akan datang: Kelas vokal


  • Call En. Izan 012-684 4455


    << June 2005 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     01 02 03 04
    05 06 07 08 09 10 11
    12 13 14 15 16 17 18
    19 20 21 22 23 24 25
    26 27 28 29 30


    Death - Story To Tell

    SELECTED ARCHIVE

  • Sure Pekat 3 Special Report
  • Sejarah & Kebangkitan Rock
  • Sure Pekat 3 Last Preparation
  • Brutal Ke Aku? / Jiwang Ke Aku?
  • Tampin Live 'n' Loud
  • Amplifier Marshall Valvestate VS100-R
  • Sure Pekat II 2004 : Total Recall
  • Gitar Baru!!! Ibanez RG 370-DX
  • Kanchong Darat Total Disaster
  • Back To The Future
  • Reebok Hi-Cut Sneakers X'Mas Edition
  • Rewind Juara Lagu 1991
  • Revolusi Metal
  • Review Gila-Gila Remaja

  • MUSTI LINK!
    guitar.com 
    tabcrawler.com 
    centurymedia.com 
    malscene.net 

    JOURNAL
    coming soon...
    Journal penuh tentang Revolusi Metal! Nantikan...

    Marduk - To The Death's Head True

    FAVOURITE LINK
    ibanez.com 
    washburn.com 
    gibson.com 
    fernandes.com 
    bcrich.com 
    jackson.com 
    fender.com 
    esp.com 


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



    Monday, June 13, 2005
    | Sejarah & Kebangkitan Rock |

    Crossfire  
    ::Definisi Rock::
    Rock sebenarnye adelah perpecahan dari cabang muzik seperti folk, twist & blues. Dari sini, terciptalah muzik rock & roll & seterusnye membawa kepada kewujudan muzik rock.

    ::Pengaruh::
    Muzik rock di Malaysia tercetus apabila kita mula mendengar material muzik barat yg terkenal ketika itu seperti Led Zeppelin, Van Halen, Deep Purple, Black Sabbath & byk lagi...dari sinilah segalanye bermule apabila satu persatu band ditubuhkan yg berteraskan muzik rock.

    ::Konsep & Cara Pemakaian::
    Spike, leather, chains & jaket jeans menjadi trademark untuk mat2 rock ketika itu. Jeans yang ketat, t-shirt yg tidak berlengan yg tertera lambang matahari terbit (lambang band Loudness) kasut kulit tinggi, tak kurang juge kasut sneakers hi-cut yg berjenama popular seperti Reebok, Nike, Aliph & Adidas menjadi pilihan mereka ketika itu. Rambut plak jgn ckplah..mane ade mat rock dulu berambut pendek?

    ::Rock Mula Tercetus::
    Ramai berpendapat bahawa Sweet Charity lah yg mule2 mencetuskan fenomena muzik rock di Malaysia walaupun ianya ditubuhkan di Singapura...Sweet Charity ditubuhkan pada tahun 1974 dan dianggotai oleh Ramli Sarip (Vokal), Rosli Mohalim (Gitar), Wan Ahmad (Gitar), Syed Hassan (Bass), Rahman Sarbani (Dram), Masrom & Ahmad Jaafar (Kibod). Sweet Charity jugelah yg meletakkan muzik rock di landasan yg sebenar sehingga mereka dilabel sebagai Deep Purple Singapura! Lagu2 seperti Kamelia, Teratai, Sejuta Wajah, Hilang Gelap Terbitlah Terang cukup memberikan kesan yg begitu mendalam terhadap industri rock yg baru wujud ketika itu.

    ::Perkembangan Muzik Rock::
    Dari sini, satu persatu band yg berlandaskan muzik rock mule ditubuhkan...antara band yg terawal ditubuhkan selepas kemunculan Sweet Charity adelah:
    Search
    -ditubuhkan pada tahun 1981 di Johor Baharu & dianggotai oleh Yazit (Dram), Hillary Ang (Gitar), Memek (Bass) & Zainal (Vokal). Album mereka yg pertama ialah Cinta Buatan Malaysia yg telah diterbitkan pada tahun 1985. Ketika ini, tempat Zainal telah digantikan oleh Amy sebagai penyanyi, Nasir menggantikan Memek sebagai pemain bass & kemasukan Din sebagai pemain gitar kedua.

    Ella & The Boys
    -juga ditubuhkan pada tahun 1981 & terdiri daripada Ella (Vokal), Lord (Gitar), Ayie (Bass) & Mie (Dram). Nama 'Ella' telah diletakkan bersama 'The Boys' bagi memberi penghormatan terhadap diva rock pertama ketika itu. Shima juga pernah menyertai kumpulan The Boys dan menggunakan nama band sebagai Shima & The Boys.

    Lefthanded
    -pada asalnye Rahim Maarof yg menjadi penyanyi utama sehinggalah kemasukan Nash & melahirkan album pertama Lefthanded iaitu Keadilan. Ketika ini Lefthanded terdiri dari Nash (Vokal), Man Kidal (Gitar), Samad (Gitar), Yan (Bass) & Man Dayak (Dram).

    Kembara
    -satu lagi 'otai' yg tidak patut diketepikan. Ditubuhkan di Singapura & terdiri dari trio M.Nasir, S.Shahlan & A.Ali. Muzik mereka berteraskan muzik 'folk' yg sebenarnye adelah salah satu daripada tunjang muzik rock. Dengarkan lagu seperti Hati Emas, Kembara & Ekspress Rakyat & lagu2 inilah yg memberikan kesan mendalam terhadap perkembangan muzik rock.

    Rusty Blade
    -juga ditubuhkan di Singapura & telah melahirkan album pertama yg bertajuk 786 Ikrar Perwira pada tahun 1981. Dianggotai oleh Yantzen (Vokal), Khalid Mubin (Gitar), Md Noor (Gitar), Izad (bass) & Izan (Dram). Keunikan muzik rock yang mereka bawa telah membuatkan Rusty Blade dilabel sebagai Iron Maiden Singapura!

    ::Kesinambungan::
    Selepas itu, iaitu di sekitar tahun 1987 sehingga awal tahun 90'an semakin banyak band ditubuhkan & menjadikan muzik rock satu muzik yang happening sekali pada zaman tersebut. Buktinya, semakin banyak pertandingan2 rock dianjurkan utk mencari band2 baru yg berpotensi, Juara Lagu juga menyaksikan muzik rock yg banyak mendominasi lain2 kategori pada masa itu! kelebihan yg ada pada band2 rock ni adelah keupayaan mereka untuk membawakan muzik secara live kerana vokalis dulu mempunyai pitch yg tinggi, gitaris yg mempunyai skil gitar yg tersendiri juga drummer yg mempunyai stamina untuk bermain. Aku gerenti kalau penyanyi skang ni x boleh bwk lagu2 dari band rock 80'an..! Betul x? Skang pun byk syarikat rakaman yg keluarkan balik lagu2 rock 80'an...kenape? Jawapannye senang je..industri muzik skang dah ketandusan idea!!!

    ::Perjuangan Yang Belum Selesai::
    Walaupun band2 sekitar tahun 80'an kebanyakannye sudah tidak wujud lagi, perjuangan untuk memartabatkan muzik rock tetap diteruskan apabila band generasi 90'an seperti Ukays, Utama, Slam, Visa, Tropika (kini dikenali sebagai Jinbara) , Spring, Senna & byk lagi band2 yg ingin terus memperjuangkan muzik rock biarpun ketika ini (90'an) scene rock tidaklah semeriah tahun 80'an dulu. Apepun, muzik rock telah meninggalkan kesan yg begitu mendalam terhadap industri muzik tanah air.

    Antara band2 yg pernah mewarnai industri rock sekitar tahun 80'an seperti Wings, May, SYJ, BPR, Gersang, Gamma, Dinamik, Febians, Crossfire, Bloodshed, Blackrose, Olan, Masa, Mega, Medicine, Desire, Illusi, Iklim, Menara, Laksamana, Ekamatra, Melissa, Lela, Wichitra, Junction, CRK, Meditasi, Cinema, Lipan Bara, Lagenda, Terrarossa, Sensasi, UG14, Analisa, Metallian, Putra, Slash, Zabarjad, Utopia, Teras, Etika, Erat, Gravity, Skala, Figures, Bahtera, Garuda, Pratayuda, FRU, Ariwatan, Kejora, Projek, Wizard, Gerimis, Villosa, Urgent, Jitu, Gerimis, Mutiara, Sejati, Burnmarks, Scandals, Axthara, Aroma, Warisan, Kafilah, G.E.T, Aryan, Zodiak, Izzaka, Perdana, Sahara, ODC, Suria, Destinasi, Hatty, Fantasia, D' Riyadh, Strangers, Finalist, Sera, Teja, Vagrant, Helter Skelter, Unwanted, Rockers....argghhh...byk lagi band kalau nak tulis!

    ::Info Rock::
    -gitaris asal Wings adelah Sham, selepas beliau meninggalkan Wings beliau menubuhkan CRK & tempat Sham digantikan oleh Joe yg pade asalnnye menganggotai Scandals.
    -Zainal merupakan vokalis asal Search, kemudian Amy masuk menggantikan beliau. Amy sebelum itu pernah menganggotai Titanic.
    -sebelum menubuhkan May, Mus (vokal) & Abu (gitar) pernah menubuhkan Titiwangsa ketika di Kuala Lumpur.
    -bekas pemain bass Teja iaitu Empy telah menyertai Spring pada tahun 1992 sehingga kini.
    -sebelum bergelar penyanyi solo, Hattan pernah menyertai Pratayuda & FRU di sekitar tahun 80'an.
    -SYJ adelah singkatan bagi 'Syed Yusuf Jamalullail'.
    -Zarith merupakan penyanyi asal Mega, selepas beliau meninggalkan Mega tempatnye diganti oleh Rahmat yg pade asalnye penyanyi Gerimis.
    -pemain dram Les Sekinchan iaitu Ogie adelah bekas pemain dram Babylon yg popular sekitar tahun 80'an.
    -Aris Ariwatan bukanlah name sebenar Aris. Sebaliknye name itu diperolehi apabila beliau menganggotai Ariwatan sehingga nama Aris Ariwatan terus kekal sehingga kini.
    -Amir yg menjadi penyanyi Ukay's merupakan penyanyi asal kumpulan Analisa.

    Rujuk Kumprinx punye artikel pasal Dato’ Mohamad Rahmat dan impaknya terhadap industri rock kapak Malaysia.
    http://kumprinx.blogspot.com/2005/06/dato-mohamad-rahmat-dan-impaknya.html


    Posted at Monday, June 13, 2005 by endy

    dark
    April 8, 2009   12:25 AM PDT
     
    bt perhatian suma,, aku lahir pd tahun 1989,,pd usia 6 tahu lagu rck yg paling top pada masa itu ialah isabela(search),gadisku(search) and fantasia bulan madu(search),,, bg sy SEARCH adalah kumpulan rock yg tiada tandingan,,buktinya amy masih bole membawakan lagu2 lamanya,,dan ianya dibuktikan pada konsertnya d stadium bukit jalil pd tahun 2006,,,, tahun lalu(2008) sy memenangi anugerah juara lagu rock yg dianjurkan oleh mooe's club,, lagu yg sy bw pd masa tue ialah Gadisku(search)..lagu nie memeng power,, amy rock n roll neve die,,,,,,pewiit.
    dinnul95
    February 9, 2009   11:31 AM PST
     
    walaupun ak lahir tahon 95 tp ak suke gile ngan band rock 80-an....sampai kan lagu zaman skarang ak x dengar langsung..
    dinnul95
    February 9, 2009   11:31 AM PST
     
    walaupun ak lahir tahon 95 tp ak suke gile ngan band rock 80-an....sampai kan lagu zaman skarang ak x dengar langsung..
    Ediazami71
    December 4, 2008   11:34 PM PST
     
    Kepada Kumpulan Bloodshed, teruskan perjuangan walaupun umur dah meningkat. Peminat anda masih ramai diluar sana yang menunggu kehadiran album baru. Kalau boleh nak tengok Hamdan Reko dgn Opie dalam Bloodshed.
    skemper -ipohCommunity-
    October 19, 2007   01:02 AM PDT
     
    penin pale mak bapak pd zaman rock kapak melanda malaysia..aku masih simpan levi's rabak, buckle peluru, baju erm biase la zaman tu tgh hot lambang 'loudness'...ahaha
    becks
    September 30, 2007   02:46 PM PDT
     
    rock till die my bro n sis!!!!!!!!!!!!!!
    kapak trussssssssssss..............
    ipoh
    August 11, 2007   05:10 PM PDT
     
    gua ingat pda thun 86, may juara battle of the bands byak band2 lain yg tewas,gua tak kan lupa,hdup mayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy
    ipoh
    August 11, 2007   05:08 PM PDT
     
    gua ingat pda thun 86, may juara battle of the bands byak band2 lain yg tewas,gua tak kan lupa,hdup mayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy
    NAZ BOTAK
    April 12, 2007   01:19 PM PDT
     
    ROCKKKKKKKKKK.........uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..gua tetap respek kat otai2 rock era 80-an..lagu2&liriknya memang berhantu...hantu pun takut nak jelmakan diri...idolaku tetap ABG AMY SEARCH.......thanks ABG AMY,abg tetap hebat.................ROCKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK...........UUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU........................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    Rio
    April 9, 2007   12:02 PM PDT
     
    Dlm byk2 band...crossfire n SYJ yg paling best...dia orang ni rocker sejati...cayala bro....
    sky
    January 25, 2007   09:01 PM PST
     
    rock?

    cromok tak der ker bang

    kitaorang budak trash

    cromok tak der err

    aku minat cromok, sil kahnaz,manowar,wombath,ftg,
    FLYROCKES
    January 3, 2007   09:57 PM PST
     
    GUA MMG TABEK FULLL DGN SYJ.. HEEE MALAYSIA,IGT INILAH SATU2NYA BAND YANG PATUT DIBERI PENUH PGHORMATAN IAITU KEPADA ( SYJ )..DIORGLAH YG BETUL2 MMPRJUANGKAN IRAMA ROCK DAN DIORGLAH SATU2NYA BAND YG MGHARUMKAN NAMA NEGARA..( THE BEST OF SYJ ).. TRHASH,HEAVYMETAL,TRUEMETAL ADALAH MEREKA..SYJ..YEEAAHH.. BANGUNNNNNN SEMUA MAT22 ROCKK AND OTAI DUNIA..SEMATKAN DIDLAM MINDA ANDA SYJ ADALAH BAND MALAYSIA YANG POWERRRR..GGRRR..SYJ LU TTP IDOL GUA SMPAI MATI..YEEAAH!!!! WASSALAMM..!!!!!!!!!!!!
    FLYROCKERS
    January 3, 2007   09:55 PM PST
     
    HELLO MAT ROCKERS MALAYSIA.. JOM KITA BERENTAP DGN MAT ROCKERS OMPUTEHH..DONT WORRY N DONT FEAR..LAWAN BEEEEBBBBB!!!!!!!!!!!!!@#$%^*
    FLYROCKES
    January 3, 2007   09:46 PM PST
     
    GUA MMG TABEK FULLL DGN SYJ.. HEEE MALAYSIA,IGT INILAH SATU2NYA BAND YANG PATUT DIBERI PENUH PGHORMATAN IAITU KEPADA ( SYJ )..DIORGLAH YG BETUL2 MMPRJUANGKAN IRAMA ROCK DAN DIORGLAH SATU2NYA BAND YG MGHARUMKAN NAMA NEGARA..( THE BEST OF SYJ ).. TRHASH,HEAVYMETAL,TRUEMETAL ADALAH MEREKA..SYJ..YEEAAHH.. BANGUNNNNNN SEMUA MAT22 ROCKK AND OTAI DUNIA..SEMATKAN DIDLAM MINDA ANDA SYJ ADALAH BAND MALAYSIA YANG POWERRRR..GGRRR..SYJ LU TTP IDOL GUA SMPAI MATI..YEEAAH!!!! WASSALAMM..!!!!!!!!!!!!
    joe
    December 20, 2006   03:04 AM PST
     
    ko ada album kumpu;an cinema WAYANG ORANG TAK ?
    kunyit
    November 29, 2006   02:26 PM PST
     
    sapa tau band Rajawali?
    Ija
    November 17, 2006   02:25 PM PST
     
    Wa minat gak la lagu2 rock nie.
    Zaman 80-an & 90-an, zaman kegemilangan rock se-malaya.
    Huhuhu.......:D
    Time 2, wa sek. rendah lagi.
    Wa nak gak jmper ngan bro2 rock nie.....;)
    Mesti gempak nyer!
    Wa cin cau dulu beb!
    Rock never die!
    Peace brader! ;)
    Nameshamtodak76
    November 2, 2006   04:49 PM PST
     
    aku dilahirkan pd tahun 1976..so zmn aku skolah rendah memang dizaman kegemilangan rock kapak piau..time aku darjah 3..4..dan 6..byk gak band2 aku dh jmper secara live mcm crossfire..burnmarks..rajawali..urgent..may..wings..byk lg tp aku x ingat..kebanyakanyer aku jmpa kt funfair2..umah org2 kawen..zmn2 joget lambakk dulu..naik menengah advance skit lah awal2 90an..aku dh start main muzik rock lak...joget lambak..ni semua ats pengaruh muzik rock2 kapak..yg memang hebat..aku cukup respek ngn otai2 rock dulu still steady...x lapuk dek ujan x lekang dek panas..lagu2 diaorg still berbisa..hingga lahh ke zaman 2000 ni...sapa leh fight lagu2 dulu...
    atukzs
    October 13, 2006   06:54 AM PDT
     
    a.kum! rock terus hidup, yang hidup jer mati. atukzs ni pun minat smpai pengsan ngan menatang rock ni.. aper taknya.. kalau kena benda keras tu... alamak... rock jer lah yang tau.. betapa pedihnya hati ini terguris.. tapi tak per... kalau irama rock ni.. memang atuk betul² sokong kerajaan lah... sbb atuk dah tua, sempat jg menikmati irama rock yang kental smpai mengugat mental.. itu irama yang metal.. tapi atuk tetap pi mesjid semayang 5 waktu.. auuu... rock bebeh! rock ...!!! adoi..!!! saper baling ROCK ni... adehhhh
    Name amy
    October 6, 2006   02:34 AM PDT
     
    aku mmg dh lm minat dgn band rock search ntah bila la aku bleh jupa diaorang
    Fabio
    September 13, 2006   10:47 PM PDT
     
    HI !!!
    I'm an italian metal fan and I'd like to get bands like Lipanbara, Dinamit, Victim, Meditasi, Crossfire, Masa, Blodshed....Can you help me?
    my contact on Yahoo messenger is "formalaymetal" and my email is: hmfl@inwind.it. Please help me!!!
    THanx Fabio
    hendra
    July 17, 2006   06:22 PM PDT
     
    korag tak true rock kalo tak tengok cite ROCK (mamat Khalid)
    gua da 4 kali kuar masuk panggung nengok ROCK nih, siap beli 2 vcd takut rosak ke ilang.

    Ende Herwandi budak KTC bile nk cal gua?
    api_seberang
    July 2, 2006   05:09 PM PDT
     
    aku paling minat kumpulan riyath...dengan penyanyinya sekrang dah jadi ustaz.....biar rockers camna pun semat dulu ilmu agama so xder la terpesong akhidah tu.........hidup bkn lama...dan aku respek rockers dulu3 walaupun rock tapi hormat org tua dan cintakan negara.......
    Nafe@DIVAElla
    June 17, 2006   11:40 PM PDT
     
    hi semua peminat artis2 rock dan juger artis rock kite........saya ingin mengucapkan tahniah kepada diva rock malaysia ella sebab dah 20 tahun menceburi bidang seni.............semoga kak ella terus berjaya dalam bidang seni......................Luv U
    meantila
    June 9, 2006   04:26 AM PDT
     
    hape rock2...blues aaaaaaaaaa
    cray
    June 6, 2006   01:18 AM PDT
     
    saper ade album pertama kumpulan tropika..wa penat carik tapi tak de..wa rasa tajuk dia rindu semalam.
    fauzi_capricone
    May 21, 2006   11:43 PM PDT
     
    semekomm semua..gua minat sgt kan mus may..gua mengikuti perkembagan dia dia dari gua dar jah 3 dulu masa tu gua bile album dia (rahsia) sampai lah dia buat album solo,,dan juga gan kumpulan strangers..dan juga wa send meseg kat myspace dia tapi dia langsung xjawap..kecewa lah ..macam nie,,
    fauzi_capricone
    May 21, 2006   11:43 PM PDT
     
    semekomm semua..gua minat sgt kan mus may..gua mengikuti perkembagan dia dia dari gua dar jah 3 dulu masa tu gua bile album dia (rahsia) sampai lah dia buat album solo,,dan juga gan kumpulan strangers..dan juga wa send meseg kat myspace dia tapi dia langsung xjawap..kecewa lah ..macam nie,,
    DedEy
    May 13, 2006   07:39 PM PDT
     
    GUA LAHIR TAHUN 1988... TAPI DAH BERLAMBAK LAGU ROCK KAPAK GUA DENGAR... SEDAP TUH... ROCK ARRR.. JANJI ROCK!!!
    karl
    May 10, 2006   08:08 AM PDT
     
    ooooh rock...!!!..aku merinduimu...
    rockersGURL
    May 7, 2006   05:12 PM PDT
     
    Gua kembali lg........rock trus rock...
    alipuo
    May 4, 2006   10:36 AM PDT
     
    dlm bnyak2 band rock malaysia........gua plg respek MAY.diorg ni best giler,gempak abis.takde band lain dpt lwn band MAY....MAY ttp gmpak...hidup MAY
    Name rockersGURL
    May 1, 2006   04:45 PM PDT
     
    Gua pun lyn rock gak beb.wlaupun mmber gua x bper stuju ngan imej yg gua bwk nie,tp gua x care.bior ler ape org nak kte,jnji gua bhagie kan.gua tau,gua female.kna time hkikat 2..pe2pun,rock ttp rock.....
    mshah
    April 24, 2006   04:11 AM PDT
     
    tahniah...dan teruskan usaha yang baik ni..
    badul
    March 12, 2006   11:27 PM PST
     
    hujah: tengok album diorang masih lagi dapat sambutan tak kira nyanyi lagu dulu2 atau baru punya, cth Unplugged May, dan AMY album barunya dapat sambutan hebat wlpun MAWI jadi fenomena
    badul
    March 12, 2006   11:24 PM PST
     
    apa kata MUS MAY dan AMY SEARCH berduet dan sanalah kita tau siapa paling otai....suara jeritan paling nyaring...bertenaga dan rock....High Pitching yg jitu
    badul
    March 12, 2006   11:22 PM PST
     
    rock, tatap rock otai terus macam amy dan MUS
    badul
    March 12, 2006   11:21 PM PST
     
    MUS paling otai dan AMY SEARCH, yg lain@ kayu
    pekida
    March 6, 2006   01:56 PM PST
     
    amir ukays terhebatttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt
    rock zaman
    January 23, 2006   10:41 PM PST
     
    ROCK KAPAK 80AN MAY N RUSTY BLADE ABADI FOREVER N STILL WORRIOR!!!!!!!!!!
    rock zaman
    January 23, 2006   10:37 PM PST
     
    AKU STILL ROCK KAPAK,MAIN KAT JAMM PUN ROCK KAPAK TP BYK LAGU MAY AKU JAMM!SKRG NIE BAND AKU BWAK 90% MAY......IDOLA AKU C BRADER MUS MAY NGAN SOUND HEAVY METAL C ABU TU (NO BLACK METAL , TAK DE MAKNA)AKU STILL TGK MAY LIVE N UPPLAG AT PLANET,AKU TETAP RESPECT KAT C BRADER YANTZEN.C BRADER MUS N YANTZEN NI MMG TARAK SOMBONG,JIWE KAMPONG BEB MCM AKU..HE...HE...HE...!
    laila majnun
    January 20, 2006   09:56 AM PST
     
    jinbara world abis!
    KB
    December 22, 2005   05:10 PM PST
     
    byk juga ko tahu pasal muzik rockkapak ni walaupon kantoi sikit.apepun gua ucapkan syabas buat lu...
    ayuaziz
    December 13, 2005   12:50 PM PST
     
    saye minat giler kay gitaris kumpulan may,si abu tu.macamana nak berkenalan dengan dia ngan lebih rapat lagi,boleh tolong tak?
    ayuaziz
    December 13, 2005   12:49 PM PST
     
    saye minat giler kay gitaris kumpulan may,si abu tu.macamana nak berkenalan dengan dia ngan lebih rapat lagi,boleh tolong tak?
    Name
    December 13, 2005   12:49 PM PST
     
    saye minat giler kay gitaris kumpulan may,si abu tu.macamana nak berkenalan dengan dia ngan lebih rapat lagi,boleh tolong tak?
    Nameamir
    November 29, 2005   10:25 PM PST
     
    gua minat sangat ngan band wings tu .kim salam ar
    juju85
    November 26, 2005   06:33 PM PST
     
    gua xtau apa2 tp gua minat lagu2 dr kumpulan illusi,wings,dan dewa19.hihi
    Izam
    November 14, 2005   09:33 PM PST
     
    Gua ni minat sangat ngan Band Rock 80-90an dari Msia. Gua minat ngan kumpulan Search, May, Ekamatra, Iklim.....Gua sokong kebangkitan Rock Malaysia walau gua ni Indonesia
    amin
    November 12, 2005   11:52 AM PST
     
    lu rock la beb!!!!
    syeikhnabil
    November 8, 2005   02:54 PM PST
     
    gua mmg minat gila dkat man kidal tapi x tau camne nak tgk dia punya show....
    MAI
    October 29, 2005   02:41 PM PDT
     
    AKU MEMANG MINAT GILE2 KAT GROUP2 ROCKERS DULU.DARI PAKAIAN DIORANG SMPAILAH KAT LAGU.KLAU BLH,AKU NK HIDUPKAN CARA DREES UP ROCK DULU DI ERA KEMODENAN SKRG.LAGU2 MAT ROCK DULU LG HEAVY N METAL DR SKARANG.
    pakasolang
    October 14, 2005   06:41 PM PDT
     
    kami rakyat sandakan t'utama otai rock s'kan kurang puas hati dgn p'nampilan kumpulan search,may dll kurang menampakkan yg mereka rock rambut ja yg nampak rock.apapun kami d cni akan tetap memakai seragam kami dgn seluar ketat n kasut the lagendary'ALIPH'.hidup rock kapak sandakan...
    roy
    October 8, 2005   01:40 PM PDT
     
    saya minat gila dengan band rock 80-an
    yed teja
    September 27, 2005   10:08 AM PDT
     


    gua gitarist teja..........salam
    aj. adnin
    September 13, 2005   08:37 PM PDT
     
    weii nko ada x bukti2 bahawa SEARCH asal, vokalisnya ialah ZAINAL?? Ada foto/keratan akhbar x?? Sbb setau sy vokalis asal SEARCH ialah JOEY BPR!! Betul ka MUS dan ABU tu nah sertai TITIWANGSA sebelum MAY? ND, nko silap weh!! RAHIM MAAROF bukan vokalis asal LEFTHANDED.. tp ROY (DIARI MIMPI, RATNAKU) RAHIM hanya penyanyi undangan. ROY vokalis tetap sebelum NASH. http://sayap.cjb.net <--- web sy!!! ND sign guestbook c2 ok!!
    AJ_ADNIN
    August 2, 2005   02:35 PM PDT
     
    Sy mengalu2 kan awak supaya join web ini........ http://lsgendarock.com
    rencana awak menarik!!!!!!!
    nd
    June 14, 2005   03:44 PM PDT
     
    rock terus rock!!yeahh...
    chika
    June 14, 2005   11:03 AM PDT
     
    semangat rock yg amat!.......
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry


    Google
    © uNDisputed