Friday, September 17, 2010
| Aliph |



ALIPH-satu jenama kasut yg cukup popular sekitar tahun 80'an (mungkin bermula pada seawal tahun 1986 kerana SYJ dilihat kerap memakai kasut ini ketika era Batle Of The Band). Walaupun jenama ini jelas menciplak kasut jenama Nike, namum kerana Nike pada masa itu terlalu mahal untuk dimiliki 'mat rock', Aliph telah menjadi pilihan utama pada pemuda masa itu kerana harga yg jauh lebih murah dan ianya buatan Malaysia!


-beberapa model keluaran jenama Aliph-

Banyak langkah yg telah diambil Aliph untuk mempopularkan jenama mereka termasuk menaja sesebuah band yg hebat seperti Search yg popular dgn Aliph Search, Lefthanded yg popular dgn Aliph Hi-Flyer atau Aliph Lefthanded..tidak ketinggalan juga Aliph telah 'berani' untuk menaja filem Rozana Cinta yg diterbitkan pada tahun 1987.


-antara langkah Aliph untuk memperkenalkan produk mereka-

Dengan langkah yg telah diambil ini, jenama Aliph semakin terkenal kerana jenama ini telah dipopularkan oleh kumpulan2 rock yg berstatus lagenda, secara tidak langsung anak2 muda turut mahu memiliki kasut ini kerana mahu mengikut trend band idola mereka. Harga pada masa itu adalah sekitar $36 hingga $50 (masih mampu dimiliki) dan menjadikan kasut ini sebagai pilihan utama 'mat rock' pada masa itu kerana kasut ini mempunyai rekabentuk paling terkini selain harga yg berpatutan.


-pemberian diskaun untuk pembelian Aliph menggalakkan lagi orang untuk membeli produk-

Dari semasa ke semasa, Aliph terus mengeluarkan produk2 baru sesuai dengan peredaran zaman.Daripada model kasut sukan seperti Aliph Star Trek, kasut khas untuk wanita seperti Aliph Terri, kasut yg dicipta khas untuk penerjun payung terjun negara iaitu Aliph Rider, kasut untuk sukan indoor seperti Aliph Centre Court & Aliph Dasher sehinggalah kasut sekolah seperti Aliph White Shadow dan ianya terus diminati sehinggalah ditelan arus masa yg mana ketika era awal 90'an muncul jenama import yg jauh lebih moden dan harga yg berpatutan, sedikit demi sedikit jenama Aliph terus dilupakan...namun Aliph tetap dinobatkan sebagai kasut pilihan para Rockers dan tetap unggul sebagai produk kebanggan Malaysia yg 'tabah' dalam menghadapi arus kemodenan dan ianya masih diminati sehingga sekarang walaupun generasi kini ada yg langsung tidak mengenali Aliph!



Posted at Friday, September 17, 2010 by endy
Dah ade orang komen (1)  

Monday, July 10, 2006
| Tidak Bertajuk |

:: Juara Band 2006 ::
Venue: Plaza Alam Sentral, Shah Alam
Date: 14 May 2006


Berusaha bersungguh-sungguh....

Kitorang dapat tau pasal band competition ni daripada budak kg aku..time tu die tengah sibuk edar flyers...aku pun ape lagi, usul cadangan terus ke ahli pasukan & tanpa berfikir panjang diorang pun setuju. Macam biasela, kalau ade pertandingan mcm ni kitorang mesti 'tergolong' dalam kategori rumaja lagi. Yg lain kebanyakannya nampak sangat dah berpengalaman..tapi takpe, belum coba, belum try..hehe. Tapi nasib tak menyebelahi kitorang apabila tak layak untuk memasuki ke peringkat seterusnya..apepun, pengalaman lebih penting bagi kitorang..!

-Salah sorang juri pada hari tu adelah Zuar XPDC-

Lagu2 yg dipertaruhkan:
Sentuhan Kecundang (Ekamatra)
Pelesit Kota (Search)

:: Battle Of The Band 2006 ::
Venue: AIM Point, Banting
Date: 10 June 2006


Time ni kitorang dressing rock abis punye..haha.


Layan 'banging' time lagu Pawana..hehe.

Satu lagi pertandingan band yg aku join..kali ni lebih 'berprestij' lagi kerana juri adelah dari kalangan para artis rock malaysia. Time aku bertanding ni, juri terdiri dari Rody (Kristal) & Awang BPR..kebetulan plak band aku bawak satu lagu dari BPR iaitu 'Aku Hanya Serangga'. Kalau tak silap sebanyak 15 buah band bertanding malam tu..tapi yg akan dipilih untuk ke peringkat seterusnya hanya 5 band saja. Sekali lagi kitorang tak lepas untuk ke peringkat seterusnya..huaaa.

Lagu2 yg dipertaruhkan:
Aku Hanya Serangga (Bumiputra Rockers)
Pawana (Search)

:: Function di majlis perkahwinan ::
Date: 17 June 2006


Sound check waktu petang..


Beraksi pada sebelah malamnyee..

Date: 2 July 2006


Ehh..berduet la plak!!


Penatt..airr..aku nak airr..!!!


Posted at Monday, July 10, 2006 by endy
Dah ade orang komen (4)  

Monday, February 27, 2006
| Rewind Juara Lagu 1991 Re-Post |

Antara banyak2 entry, entry 'Rewind Juara Lagu 1991' adelah merupakan entry yang paling banyak terima komen. Tulah sebabnye aku Re-Post balik entry ni dgn lebih detail pasal aku dah tak larat nak jawab komen2 yang aku terima..kebanyakannya suruh aku burn cd kat diorang pastu jual. Aku paham kehendak diorang, pasal bende ni takde jual kat mane2 pun..tapi korang harus paham, aku menjaga hak cipta tv3. Kang tak pasal2, aku kene tangkap pasal jual tv3 punye hak cipta. Aku gak terharu dgn korang yg mempunyai kesedaran tentang betapa bernilainya khazanah serta jatuh bangun industri rock tanah air suatu ketika dulu.


Tape VHS ni aku masih simpan lagi sampai sekarang..

Juara Lagu 1991 telah berlangsung pada tarikh 29 Disember 1991 bertempat di PWTC Kuala Lumpur. Seramai 3 orang artis solo & 8 kumpulan rock telah berentap mempertaruhkan lagu dari komposer masing2.

Senarai artis serta lagu mengikut giliran persembahan:-

Hattan - Memburu Rindu
Mega - Takdir Dan Waktu
Damasutra - Umpama Mimpi Dalam Mimpi
Blackrose - Penantian
Laksamana -  Gugurnya Bunga Cinta
Masa - Patahnya Sayap Malam
Ella - Sepi Sekuntum Mawar Merah
Shima -  Setelah Aku Kau Miliki
Olan - Cinta Bandar Tasik Selatan
Kris - Tiara
Dinamik - Di Antara Gadis

Tahun ni merupakan tahun 'demam' rock. Pasal kebanyakan artis2 adelah dari aliran muzik rock. Seramai 3 orang pengacara telah bergabung tenaga untuk menjayakan rancangan ini iaitu Azwan Ali (dulu belum over lagi), Melissa Saila & Intan Rozila.


Time ni Azwan Ali belum lagi berimej 'over'..!


Persembahan bertenaga dari Blackrose yang mempertaruhkan lagu popular 'Penantian'...


Damasutra yang memenangi tempat ke-2 kategori Persembahan Terbaik...


Dinamik yang menyertakan lagu 'Di Antara Gadis'...


Masa yang popular dengan lagu 'Patahnya Sayap Malam'...


Laksamana melalui lagu popular mereka 'Gugurnya Bunga Cinta'...


Hattan setelah bergelar artis solo...diiringi band yang diketuai Samad Lefthanded melalui lagu 'Memburu Rindu'...


Ella tetap dengan berimej rock...mempertaruhkan lagu 'Sepi Sekuntum Mawar Merah'...

Keputusan Penuh Juara Lagu  1991:-

LIRIK TERBAIK

M.Nasir - Tiara

PERSEMBAHAN TERBAIK

1.Shima - Setelah Aku Kau Miliki
2.Damasutra - Umpama Mimpi Dalam Mimpi
3.Kris - Tiara

JUARA LAGU 1991

1.Rahim Othman - Mega - Takdir Dan Waktu
2.Saari Amri - Shima - Setelah Aku Kau Miliki
3.M.Nasir - Kris - Tiara

Jadi kepada korang yang tak tengok Juara Lagu 1991 ni, sekurang2nya korang  terubat la skit rindu korang bile aku cite balik dengan lebih detail lagi. Lagi skali aku ingatkan, aku takkan jual VCD yang aku dah convert ni..tape VHS pun same. Sape2 yang nak tengok, datang umah aku le..


Posted at Monday, February 27, 2006 by endy
Dah ade orang komen (31)  

Tuesday, February 21, 2006
New Year, New Job

Kalau orang lain nak tahun baru dok sibuk ngan azam baru, aku plak  telah bertukar keje di Northport...(aku start keje penghujung bulan 12 thn 2005). Setelah bosan mengadap pc & ngadap kertas keje yg mengarut, kini aku telah berhadapan plak ngan kapal2 beso. Ni pun member aku  yang rekemen keje sini..stakat ni memang takde masalah bile keje sane. Hari2 ngadap kapal2 beso, lepak2 kat kabin kapal, dapat naik kapal & borak ngan orang2 kapal yang kekadang langsung tak tau cakap inggeris pun ade.

Keje ni takdela susah sangat pun...tugas aku antaranya key in no kontena, bagi arahan kat abang operator kren, kontek controller & memastikan kontena yang akan diimport / dieksport diletakkann di tempat yg betul. Pasal kapal ni banyak tempat (dipanggil  bay) untuk letak kontena. Silap letak memang nahas punye...

Tapi yang syoknya bile kapal tak masuk..bile kapal takde, maka secara automatiknya aku pun cuti. Kalau takde kapal camne nak keje? Dalam 6 hari keje, kadang2 sampai 4 hari kapal tak masuk, jadi aku cume perlu keje selama 2 hari je. Hehe..syok tak? Yang penting gaji tetap jalannn...aku pun lepak kat umah untuk melantak tido.

Gambo ni menunjukkan lori (dipanggil YT / PM) tengah tunggu turn untuk amik kontena yg akan diimport (discharge).

Yang ni gambo kontena yang akan dieksport (loading) untuk diletakkan kat atas kapal.

Gambo ni diamik secara 'kamikaze'..silap haribulan kontena boleh jatuh atas kepala. Kelihatan kren kontena sedang amik kontena untuk diimport (discharge).

PANAUrama indah dikala terbitnya fajar..hehehe.

Gambo dari atas kren kontena yang ketinggiannya mencapai tahap melampau sehingga melepasi ketinggian kapal. Yang gayat toksah naik..

Kren kontena yang bersusun-susun banyaknyee..

Time ni kapal tak banyak masuk...

Jadi, inilah keje aku skang..ramai yang tertanya2 kemana aku menghilang. Aku ade, cume tak sempat nak hapdet...jadi yang nak tau aku keje kat mane skang, korang dah tau pun bile baca entry ni.


Posted at Tuesday, February 21, 2006 by endy
Dah ade orang komen (4)  

Saturday, November 26, 2005
| Arrgghhh...This Is Sick!!! |

::Black Metal::
-aku ingat dah reda pasal isu Black Metal yg pernak melanda Malaysia dulu. Rupenye ade gak yg nak bangkitkan isu ni balik..baru2 ni aku ade perasan gak majalah Mastika yg kebelakangan ni keluarkan balik pasal isu Black Metal ni. Mungkin strategi mereka amat berjaya dalam usaha menjadikan majalah itu laku macam goreng pisang panas.
-aku nak tekankan kat sini bahawa, bukan semua yg layan muzik metal tu t'libat dgn penyembahan syaitan, bakar Al-Quran & sebagainya...metal ade banyak metal..takkan semua metal nak dikaitkan dgn Black Metal? pernah dulu pihak berkuasa menarik permit konsert Amuk ketika isu ini sedang hangat diperkatakan. Eh?Amuk tu dalam kategori Black Metal ke? kalau takde pengetahuan muzik tu, duduk je diam2..buat je macam tak tau. Kalau buat2 tau ni yg susah..pengetahuan muzik cetek, pastu tuduh band tu Black Metal! hek elehh...
-bagi aku, yg layan metal ni aku boleh bahagikan kepada 2 jenis..iaitu biasa & ekstrim. Yg biasa ni setakat layan lagu, pegi gig2 yg ade kat sekitar tempat diorang. Yg ekstrim ni (mungkin ada) yg sanggup sembah syaitan & sebagainya. Tapi janganlah tuduh semua yg kaler 'hitam' tu Black Metal!! bak kata pepatah "Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga".
-aku tertarik kat satu brader die ade cite pasal isu Black Metal ni... Check this out -> Serunai Faqir - Black Metal!

::Pop + Rock::
-ade ke kategori muzik macam ni?kalau tengok kat scene muzik dunia, takde pun wujud Pop Rock ni.. yg pop tu tetap pop & yg rock tu tetap rock. Dua2 tak sama..
-JL 20 baru2 ni kumpulan yg berorientasikan muzik rock ni memang satu pun tak lepas final..kenapa? ape dah jadi?Spider tu tak cukup rock ke?Jinbara tu bukan rock ke?camne plak dengan Flop Poppy & Gerhana Ska Cinta?
-ternyata elemen rock telah hilang apabila ia disatukan dengan pop. Rata2 yg lepas final memang pop muka tahap jambu & aku paling hangin bila V.E dapat masuk final. Diorang ni tak ubah macam band boy yg hanya tahu menyanyi & terkinja2 macam beruk. Samalah macam Back Street Boys, Westlife, N'Sync mahupun Boy Zone.
-aku lagi suke Juara Lagu edisi 80'an & 90'an yg banyak menekankan lagu & muzik sebagai teras. Time tu takde wujud kategori yg berasingan..semua berentap atas satu tiket iaitu 'Juara Lagu'.

#Bila kat radio kuar lagu Pop Ye Ye dari V.E, sumpah aku terus tukar stesyen lain!muahahaha...

Posted at Saturday, November 26, 2005 by endy
Dah ade orang komen (10)  

Sunday, October 09, 2005
| Minggu Paling Best |

Sebelum tu aku nak ucapkan slamat b'puasa kat semua umat Islam...
Tak dapat aku nafikan minggu sebelum puasa adelah minggu paling best pernah aku lalui..hik hik hik. Pasal banyak aktiviti yg dah lame aku tak buat..memule 24hb Sep aku nengok bola Final Piala FA kat Stadium Shah Alam..memang best!dah lame aku tak jejak stadium ni..dan seperti yg telah aku jangka, Selangor mesti menang. Pastu selang seminggu iaitu pada 1hb Okt pegi Stadium Bukit Jalil plak. Kali ni nengok final Piala Malaysia antara Selangor & Perlis. Tak payah aku nak ramal ke ape, aku tau dah pasukan peberet aku iaitu Selangor mesti menang punye..!!haha..puas hati betul aku! Lengkaplah 30 kali Selangor juara Piala Malaysia & 4 kali juara Piala FA..

Esoknye plak (2hb Okt) aku ade show kat Pandamar Jaya. Tuan umah adelah merangkap rakan setugas ayah aku semasa bekerja di Port Klang dulu. Aku datang bawak gitar Ibanez & gadjet Metal Zone aku, tapi bile sampai tenampak la plak gitar Fender Stratocaster..aku pun simpan jela gitar Ibanez aku tu...nak merasa plak 'kelunakan' gitar Fender Strat ni..! tapi gadjet Metal Zone aku tetap gune pasal aku dah biasa dengan pedal ni...kebetulan baju yg aku pakai 'Peavey'..sekali nengok semua amp adelah berjenama 'Peavey'! hek elehh..camne boleh same ni..?haha..

Ayah aku ketika menyanyikan lagu2 60'an
Kelihatan ayah aku sedang khusyuk nyanyi lagu 60'an. Aku plak focus kat gitar Fender Strat.

Vokalis rock, iaitu Apis
Vokalis rock band aku iaitu Apis. Suke nyanyi lagu2 yg high pitch vokalnya..haha!

Makcik yang coolll..
Makcik yang cool..die nyanyi lagu Selamat Pengantin Baru! suara mengancam lagi siot!yearrghhh..

Selangor Fans Club!
Gaya peminat setia pasukan Selangor..time ni kat Bukit Jalil.

Selangor belasah Perak 4-2!muahaha..
Perlis plak kene belasah 3-0!hahaha..
Selangor tetap juara..itu yg penting!yeargghh....

Posted at Sunday, October 09, 2005 by endy
Dah ade orang komen (6)  

Monday, September 19, 2005
| Pop Yeh Yeh |

A.Halim & De' Fictions Hasnah Haron & Les Kafila's Kassim Slamat & The Swallows J.Kamisah & The Wisma S.Jibeng & Orkes Manjalina
Sebahagian (ni baru skit) daripada koleksi piring hitam ayah aku yg masih disimpan & boleh lagi didengar..

Pop Yeh Yeh atau kekadang dipanggil muzik tahun 60'an...muzik sebegini mula memasuki Malaysia setelah mendengar material dari luar seperti kumpulan The Beatles, The Shadows, The Ventures & mcm2 lagi. Dulu diorang tak panggil kumpulan itu sebagai 'band' tapi diorang panggil sebagai 'kugiran' yg b'maksud 'Kumpulan Gitar Rancak'...muzik ini unik pasal liriknye yg begitu puitis, ade yg rancak & ade yg slow, kelebihan kepada vokalis yg m'punyai suara yg merdu, dram yg simple, bass line yg penuh 'bunga2' & gitar lead yg m'buat solo merdu & unik sepanjang mengiringi lagu menjadikan lagu Pop Yeh Yeh terus 'hidup' sampai bila2...lagipun lagu2 sebegini amat sesuai untuk semua peringkat umur. Jadi tak heranla kalau ade kenduri kawin ke mesti lagu2 60'an dijadikan lagu 'wajib' untuk dimainkan..

Artis yg pertama yg merakamkan piring hitam (EP) adelah M.Osman (Allahyarham) iaitu ayah kepada pengarah filem terkenal Aziz M.Osman..beliau merakamkan EP yg pertama yg terkenal dgn lagu Suzana & dirakamkan seawal thn 1964 lagi. Sebab itulah beliau digelar sebagai 'Pelopor Muzik 60'an'. Isteri beliau iaitu Afidah Es juge merupakan penyanyi di thn 60'an...dari sini, banyak kugiran2 serta penyanyi yg muncul selepas tercetusnya era muzik 60'an ni. Antara kugiran terawal yg ditubuhkan ialah Orkes Nirwana yg dipimpin oleh Dato' A.Rahman Hassan serta isteri beliau iaitu Azizah Mohd..kugiran ini telah ditubuhkan sejak thn 1965 lagi & yg paling menakjubkan adelah kugiran ini masih lagi wujud sehingga ke hari ini!

Kalau nak cite lagi, memang x abis la jawabnye..byk sejarah2 pasal era muzik thn 60'an ni. Antara kugiran & penyanyi yg pernah mewarnai persada muzik 60'an adelah seperti A.Ramlee & The Rhythm Boys, L.Ramlee & Orkes Teruna Ria, A.Halim & De' Fictions, Jeffrydin & Siglap Five, J.Sham & The Wanderers, Kassim Slamat & The Swallows, M.Shariff & The Zurah, S.Jibeng & Orkes Manjalina, Salim I & The Wisma, Hasnah Haron & Les Kafila's, Roziah Latiff & The Jayhawker. Penyanyi lain adelah seperti M.Ishak, A.Rahman Onn, Jaafar O, A.Romzie, A.Karim Jais, Adnan Othman, M.Fadhil, M.Noor, Halim Yatim, Ahmad Jais, Ismail Kasdi, J.Kamisah, Fatimah M.Amin, Maria Bachok & ramai lagi...

Dendang Suria
Inilah band ayah aku...amacam?old school punye gambo ni..

Hofner Hofner
Cube perhatikan gambo band ayah aku kat atas tu..pastu tengok plak gitar yg digunakan tu...same tak dgn gambo kedu-dua gitar ni?Ha..inilah gitar yg kat gambo band tu..sampai skang ni ayah aku masih simpan lagi!!! Gitar jenama Hofner buatan Itali..skang ni dah tak kuar lagi dah gitar ni...!

A.Halim & De' Fictions Cover blakang ade lirik tuuu.. Caltex Record?? Minyak Caltex??
Aku tertarik kat EP A.halim & De' Fictions ni..kat bahagian blakang ade tulis lirik skali tuu..pastu lagi best pasal kat piring hitam tu ade tulis Caltex Record!! Aik?ape kene mengene minyak Caltex dgn piring hitam..?? Adekah tokey asal Caltex ni memulakan bisnes dgn m'buke syarikat rakaman? kemudian beralih angin ke bisnes minyak petrol plak..??kompius betulla..hehe

Posted at Monday, September 19, 2005 by endy
Dah ade orang komen (18)  

Tuesday, September 13, 2005
| ND's Favourite Zine |

Kali ni aku nak cite plak pasal zine2 yg aku kumpul dari zaman sekolah lagi..zine peberet aku dah tentu zine yg lebih ke arah muzik & bukannye zine hiburan semate2 yg gilekan publisiti, muke jambu ataupun gambo artis dedah aurat sane-sini mahupun zine yg memaparkan gambo org laki pakai suar pendek gambo kat swimming pool..!!! muahahaha...

::R.O.T.T.W. (Rhyhtm Of The Third World)::
ROTTW
-bagi aku nilah zine muzik paling unggul kat Malaysia ni..
-editor zine ni (abg Rom) adelah org yg b'pengetahuan luas dlm bidang muzik
-lebih berbentuk global (semua genre muzik boleh masyuk)
-info kat zine ni pun tepat & padat
-poster pun semua cun2 belaka
-aku start kumpul zine ni dari form 5 lagi sampai skang..(kat gambo tu baru skit je tu..)
-aku akan sapot zine ni sampai aku pencen main muzik (ntah bile ntah)

::GUITAR & BASS::
Guitar & Bass
-satu lagi keluaran ROTTW
-sesuai dgn tajuk, zine ni lebih ke arah instrument gitar & bass
-ade review pasal gitar, cite tentang gitaris lagenda, sound tiruan, poster2 & tablature
-dihentikan pengeluarannye untuk lebih menumpukan kepada zine ROTTW
-jadi ralat sebab miss 1 keluaran
-bilela nak muncul lagi..xpe, aku akan tunggu

::KONSERT::
Konsert
-konsep lebih ke arah rock & metal
-salah satu tarikan zine ini adelah poster yg b'kualiti
-aku start kumpul zine ni dari form 3 lagi sampai skang (kat gambo tu pun bari skit je tu..)
-ade sikit kontroversi pasal zine ni pasal isi kandungannye dikatekan telah diciplak bulat2 dari sesetengah laman web tanpa meminta izin t'lebih dulu (ish3x tak patut..)

::METAL STORM::
Metal Storm
-satu lagi keluaran Konsert
-fokus utama adelah metal!
-editor zine ni iaitu Zulhisham adelah journalist yg b'pengetahuan luas dlm bidang muzik khususnye metal
-padat dgn info & isu yg b'kaitan metal
-poster pun cun2!
-kene 'banned' pasal isu Black Metal dulu
-hanya sempat menerbitkan 2 keluaran je
-respek abis kat zine ni pasal berani mengeluarkan 100% material metal secara umum!

::K.I.U.T. (Keras, Ideologi, Unik & Tempo)::
K.I.U.T.
-zine ni aku jumpe mase aku stadi dulu (thn 2003)
-lebih ke arah rock & metal
-info yg menarik & poster yg cun2
-sempat mengeluarkan 6 vol (termasuk keluaran khas)
-ralat sebab miss 1 keluaran
-menerima nasib yg same seperti Metal Storm iaitu di 'banned' dari terus diterbitkan

::KUGIRAN::
Kugiran
-aku minat zine ni pasal info rock yg maksima
-lebih ke arah rock kapak zaman 80'an (metal pun ade gak)
-juge ade review pasal album2 rock kapak zaman 80'an dulu
-poster yg b'kualiti iaitu poster kumpulan rock 80'an seperti Wings, Search, Handy Black, May & banyak lagi..
-pun ralat gak pasal miss 1 keluaran
-juga senasib dgn Metal Storm & KIUT..kene 'banned' sewaktu isu Black metal dulu

Posted at Tuesday, September 13, 2005 by endy
Dah ade orang komen (8)  

Saturday, August 27, 2005
| The Battle - Full Report |

Metafora
Aku join bende ni pun di atas saranan Kumprinx..w'pun sebenonye mende ni t'buka utk warga Pahang je, tapi atas dorongan yg padu daripada Kumprinx & ditambah dgn sokongan oleh penganjur p'tandingan ni iaitu Pakcik Rahim (Siti panggil Ayah Rahim). Jadi, dgn adenye kedua-dua org ni, dapatlah band aku masuk b'tanding. Boleh dikatekan band aku langsung x sempat nak buat preparation utk m'hadapi p'tandingan ni. Masing2 sibuk dgn komitmen keje..atas sokongan daripada kedua-dua org di atas inilah yg m'buatkan band aku b'semangat utk menyertai p'tandingan ni & seterusnye menjalani latihan intensif. Dahla tinggal bape hari je nak pegi, masalah timbul bile kitorang xde transport nak pegi. Memule aku ade apply kat pakcik aku yg keje bawak LIMO KLIA tu..tapi die kate x boleh, nak bawak kakak die balik kg kat Melaka. Pastu aku apply kat member pakcik aku plak (rakan sejawat) jawapan yg hampeh die berikan. Adehh..nak buat camne ni..? Dgn x disangke2 ayah kepada bassist aku telah bermurah hati utk meminjamkan keta beliau kat kitorang..bukan tu je, malah die drive keta skali bawak kitorang ke Lipis. Perrgghh..memang kool betulla pakcik ni..

Kitorang b'tolak dari kg halaman dlm kul 6.30 pagi..seawal jam 5 pagi lagi aku dah bangun dah..pack gitar, pack gadjet, pack mende2 ntah..tepat kul 6.30 pagi kitorang b'tolak. Nasib baik jalan lengang..& akhirnye kitorang selamat sampai kat Lipis tepat kul 9.30 pagi (ngam2 3 jam). Sampai kat Lipis aku call Kumprinx tanye die kat mane..die kate kat dewan. X ramai pun yg ade time tu die kate. Pastu team kitorang jumpe dgn team Kumprinx & kitorang pegi sarapan same2..lepas sarapan Kumprinx nak pegi bandar jap gi beli barang katenye. Team aku plak terus menuju ke dewan untuk buat pendaftaran..sebelum p'tandingan tu ade akak tu cakap yg setakat ni ade 10 band dah daftar. Setau aku yg akan t'pilih cume 7 je..

Time kitorang tunggu giliran untuk b'aksi sempatla tengok band2 yg dah perform..memang x dinafikan band2 yg b'tanding memang power2 belaka. Format yg diberi adelah bawak 1 lagu Melayu & 1 lagu Instrumental. Pastu mesti 4 orang je..pasal diorang nak  buat anugerah mengikut kategori Gitaris, Bassist, Vocalist & Drummer T'baik. Tunggu punye tunggu name band aku pun dipanggil untuk bersedia selepas band Musang B'Janggut seingat aku. Kitorang lepakla kat blakang stage..pastu adela buat warm up skit bagi badan x sakit2..hehe..lepas band Musang B'Janggut b'aksi, tiba masanya utk band aku perform plak. Amp aku xdela byk setting pasal diorang pun setting same dgn sound aku..cume aku ejas Metal Zone & Digital Delay secukup rasa m'ikut kehendak aku...tapi aku x puas hati kat kabel gitar..memang hampeh!dah mcm wayar sterika dah aku tengok..hek elehh..kabel utk bass pun same. asyik mati2 je..sampai bassist aku pun x dapat gerak2untuk wat aksi pasal takut gitar x bunyi.Yg vokalis adde skit je yg  t'kantoi..tu pun pasal x cukup tido la..yela, pasal kitorang bangun pagi, & tido pun kejap je dalam keta. Semua muke selenge arr pasal x cukup tido...yg drum plak bass drum asyik kedepan je..org yg jage asyik nak betulkan bende tu je...Kumprinx cakap diorang cume letak batu utk tahan bass drum tu..haha.. lawak plak!!

Kitorang t'pakse blah awal pasal takut lewat sampai umah..yela, jauh maa..jadi segala result aku serahkan kat Kumprinx utk inform kat aku. Last2 band kitorang x dpt masuk final..hehe..xpe, boleh cube lagi  tahun depan kalau ade peluang. Band kitorang ni menang semangat je..xpela, dapat pengalaman b'harga & dapat merasa kalau b'aksi kat depan org ramai dalam suasana p'tandingan. W'pun ade skit slack, tapi aku puji kat sound sistem diorang..segala kelengkapan dah ala2 konsert!

::X-KLUSIF!!::
Rakaman video yg telah diamik semasa band aku perform...kitorang bawak lagu May-Cintamu Mekar Dihati..time kaasih  kepada En Kumprinx yg telah menjadi cameraman  kitorang..hehe..

Posted at Saturday, August 27, 2005 by endy
Dah ade orang komen (2)  

Tuesday, August 23, 2005
| The Battle |

Metafora
Event: The Battle (pertandingan band sempena Karnival Lipis)
Venue: Dewan Jubli Perak Majlis Daerah Lipis, Kuala Lipis
Date: 21 Ogos 2005

Kali ni aku x sertakan skali laporan lengkap tentang The Battle ni..cume nak buat 1st comeback je pasal aku pun dah lame tinggalkan blog aku ni. Bile aku apdet lagi, aku akan buat laporan lengkap pasal The Battle ni..
Metafora sedang beraksi
Gambo mase kitorang tengah perform..

Posted at Tuesday, August 23, 2005 by endy
Dah ade orang komen (4)  

Next Page

Name: ND Herwandi
Umur? : 2+
Lokasi : Klang
Hobi : Main gitar, jamm, dengar lagu, bace majalah, tengok VCD
Keje : Opis



Dimmu Borgir - Sympozium

IZIN STUDIO
Studio Jamming & Karaoke
Tempat: Seksyen 11 Shah Alam

  • 2 jamming studio & 1 karaoke
  • Studio semua berkapet
  • Ade 2 bilik air (kalau x cukup x taula)
  • Full gadget (Metal Zone, Delay, Chorus)
  • Efek Zoom 707II pun ade
  • Amplifier berjenama Laney
  • Studio 1jam RM23 lepas kul 12 + RM2
  • Karaoke 1jam RM20 (nyanyi sampai muntah)
  • Jurufoto utk semua majlis
  • PC maintenance (under GLOBAL ZEEN)
  • Akan datang: Kelas vokal


  • Call En. Izan 012-684 4455

       

    << January 2012 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    01 02 03 04 05 06 07
    08 09 10 11 12 13 14
    15 16 17 18 19 20 21
    22 23 24 25 26 27 28
    29 30 31


    Death - Story To Tell

    SELECTED ARCHIVE

  • Sure Pekat 3 Special Report
  • Sejarah & Kebangkitan Rock
  • Sure Pekat 3 Last Preparation
  • Brutal Ke Aku? / Jiwang Ke Aku?
  • Tampin Live 'n' Loud
  • Amplifier Marshall Valvestate VS100-R
  • Sure Pekat II 2004 : Total Recall
  • Gitar Baru!!! Ibanez RG 370-DX
  • Kanchong Darat Total Disaster
  • Back To The Future
  • Reebok Hi-Cut Sneakers X'Mas Edition
  • Rewind Juara Lagu 1991
  • Revolusi Metal
  • Review Gila-Gila Remaja

  • MUSTI LINK!
    guitar.com 
    tabcrawler.com 
    centurymedia.com 
    malscene.net 

    JOURNAL
    coming soon...
    Journal penuh tentang Revolusi Metal! Nantikan...

    Marduk - To The Death's Head True

    FAVOURITE LINK
    ibanez.com 
    washburn.com 
    gibson.com 
    fernandes.com 
    bcrich.com 
    jackson.com 
    fender.com 
    esp.com 


    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed